Home » » Sinopsis Telefilem Aku Bukan Andalusia (Cerekarama TV3)

Sinopsis Telefilem Aku Bukan Andalusia (Cerekarama TV3)

Sinopsis Aku Bukan Andalusia

Aku Bukan Andalusiaadalah mengenai Rosa yang berstatus anak dara tua (anak dara lanjut usia atau andalusia) yang bertemu jodoh pada usia 40-an.

Semuanya bermula apabila Rosa bercinta dengan guru sekolahnya sendiri. Bagaimanapun, cinta mereka terhalang kerana Rosa juga masih di bangku sekolah lagi ketika itu.

Namun, Rosa akhirnya bertemu jodoh juga dengan bekas teman lelakinya yang sudah berusia itu ketika mereka berjumpa di Tanah Suci Makkah.

Telefilem Aku Bukan Andalusia akan ke udara menerusi slot Cerekarama TV3 jam 10 malam ini.

Aku Bukan Andalusia - diterbitkan bukan untuk menghina golongan andartu di luar sana sebaliknya sarat dengan mesej yang cukup mendalam untuk disampaikan pada masyarakat.

Antara mesejnya adalah wanita kadangkala tidak boleh mencintai hanya seorang lelaki semata-mata dan sanggup bergelar anak dara tua apabila tiada jodoh dengannya.

Lakonan: Erma Fatima Datuk Rahim Razali



 
Chatroom