Home » » Sinopsis telefilem Suci lakonan Zulhuzaimy,Fasha Sandha

Sinopsis telefilem Suci lakonan Zulhuzaimy,Fasha Sandha

Sinopsis telefilem Suci

Walaupun Suziana bersetuju dengan keputusan ayah dan ibunya untuk menjodohkannya dengan sepupunya Aidil yang sudah dianggap seperti abang kandungnya, Suziana meminta kebenaran orang tuanya untuk pergi bercuti sebelum dia bergelar tunangan orang.

Setibanya ke destinasi percutian itu, tanpa di sangka Suziana terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan dia bertemu dengan Affendi di sana. Perkenalan dalam kebencian itu membuahkan bibit cinta Affendi terhadap Suziana. Bagaimanapun sikap memaksa Affendi terhadap Suziana semata-mata untuk menyakitkan hati gadis itu membuatkan dia terasa amat bersalah terhadap Suziana. Kemalangan itu juga hampir menyebabkan Suziana kehilangan nyawanya.

Selepas kejadian itu, Suziana mula sedar mengenai kehadiran Affendi dalam hidupnya apabila lelaki itu mula mengambil berat terhadapnya. Persahabatan mereka akhirnya bertukar menjadi kekasih sehingga Suziana terlupa mengenai Aidil yang setia menantinya. Suziana diburu rasa bersalah kerana cuba untuk mempermainkan perasaan Aidil. Pada masa sama dia tidak sanggup kehilangan Affendi walaupun dia sah bergelar tunangan Aidil.

Untuk mengetahui apa yang berlaku dengan mereka bertiga, saksikan siarannya di Astro Prima, 13 Februari 2011.

TELEFILEM: Suci

PENERBIT: RM Rhea

PENGARAH: MP Roslin MD Shariff

PENOLONG PENGARAH: Adinata Mohd Kamil

KONTI: Intan Safinah Mazilan

PENGARAH FOTOGRAFI: Mohd Faisal Din (Chan)

PENGARAH SENI: Ahmad Rizuwan Abdullah (Juwer)

PEMBIKINAN BELAKANG TABIR: Nor Munirah Mat Isa

FOTOGRAFI (GAMBAR): Nor Hafzan Hassan

PENGURUS PRODUKSI: Hasni Maulod

RUNNER/HANDY: Samsul Hidajat Sunnan

PEMBANTU PRODUKSI: Nor Munirah Mat Isa

SOLEKAN: Zaimaliza Zainal

WARDROBE/KOSTUM: Nor Hafzan Hassan

WAKTU SIARAN: 13 Februari 2011, jam 10 malam di Astro Prima

PELAKON: Fasha Sandha, Fezrol Khan, Zulhuzaimy Marzuki, Rosnah Johari, Ahmad Fadil, Aripah Damanhuri, Hanez Suraya Abd Aziz, Nor Azifah Abidin, Afzan (Anak Wayang)



 
Chatroom