Home » » Sinopsis Duda Berhias - Telefilem TV9

Sinopsis Duda Berhias - Telefilem TV9

Sinopsis Duda Berhias

Duda Berhias merupakan kisah menarik yang disiarkan pada 15 Disember 2010 di TV9. Duda Berhias mengisahkan dua duda berhias iaitu Hamzah dan Malik. Hamzah, seorang mekanik jatuh hati dengan Ayu manakala Malik yang tidak bekerja secara tidak sengaja terjatuh hati pada Yasmin, anak seorang pemilik syarikat sekuriti.

Hamzah sering mengusik Malik kerana masih tidak mempunyai teman wanita dan Malik pula berasa tertekan dengan usikan Hamzah. Suatu hari ketika Hamzah keluar bersama Ayu, Malik ternampak mereka dan ingin membuat kejutan kepada Hamzah dengan memperkenalkan Yasmin kepadanya.

Tanpa disangka, Malik yang terkejut kerana Hamzah keluar bersama bekas isterinya, Ayu. Pada masa yang sama Hamzah juga terkejut kerana teman wanita Malik adalah bekas isterinya. Apakah kesudahan telefilem lucu ini? Adakah mereka akan berkahwin dengan pasangan masing-masing atau merujuk kepada isteri masing-masing?

Duda Berhias arahan Arab yang dilakonkan oleh Fauzi Nawawi, Erry Putra, Siti Fazurina dan Emelda Rosmila.



 
Chatroom