Home » » Sinopsis Seruan Pulau Nami, Astro Prima

Sinopsis Seruan Pulau Nami, Astro Prima

Drama bersiri Seruan Pulau Nami 13 episod ditayangkan di Astro Prima pada esok hari, 9 Disember 2010 bermula jam 4 petang.

Sinopsis Seruan Pulau Nami

Drama Seruan Pulau Nami ini mengisahkan kehidupan Amira bersama anaknya, Wafi yang kemudian mengambil keputusan menyambung pelajaran di Korea.

Dia yang cuba melarikan diri daripada bekas suami, Hisham jatuh cinta dengan Razlan yang sebenarnya menganggap dia adalah Syafika iaitu adik kembar Amira.

Pelbagai konflik berlaku antara mereka hingga Syafika berdepan maut akibat menghidap penyakit barah otak. Amira berusaha meyakinkan Syafika antara dia dengan Razlan tidak mempunyai hubungan istimewa tetapi lelaki itu bersama Hisham masih menagih cintanya.

Drama bersiri Seruan Pulau Nami yang pertama produksi MW Entertainment Sdn Bhd, milik raja SMS, Mawi.

Menampilkan elemen cinta dan konflik, Mawi optimis drama bersiri sulungnya itu yang akan ditayangkan di saluran Astro Prima tidak lama lagi akan menjadi pilihan sesi keluarga.



 
Chatroom