Home » » Sinopsis Telefilem Dimana Isteriku,11 Disember 2010,TV3

Sinopsis Telefilem Dimana Isteriku,11 Disember 2010,TV3

Sinopsis Dimana Isteriku

Drama Dimana Isteriku mengisahkan mengenai Borhan, ahli perniagaan berusia 55 tahun yang mempunyai isteri, Suhaili, dua anak lelaki, Suhaimi, Sofean dan anak perempuan, Shela. Mereka menjalani kehidupan mewah, tetapi tidak bahagia.

Borhan berasa ada kekurangan dalam hidupnya selama ini.

Borhan juga mengharapkan isterinya, Suhaili menjaga kebajikan anak-anak dan keluarga, tetapi semua yang diharapkan tidak menjadi.

Selain anak-anak mereka ada perangai masing-masing, Suhaili juga lebih mementingkan statusnya sebagai orang kaya dan selalu keluar rumah.

Pada suatu hari, Borhan jatuh sakit dan anak-anaknya tidak ingin bertanggungjawab dan ingin menghantar bapanya ke rumah orang tua. Borhan yang kecewa dengan sikap Isteri dan anak-anaknya melarikan diri ke rumah orang tua.

Di rumah orang tua pula, Borhan berjumpa Seri dan Jali yang banyak mengajarnya erti hidup berkeluarga. Pada masa sama, Borhan ingin mencari isteri pertamanya, Munirah kerana dibelenggu rasa bersalah dan peristiwa hitam yang menyebabkan anaknya terbunuh dulu.

Adakah akan berjumpa Munirah semula? Semuanya akan terjawab apabila anda menonton telefilem menarik ini nanti.

JUDUL: Telefilem Dimana Isteriku
TERBITAN: Global Station Sdn Bhd
PENERBIT: Datin Zaiton Muhd Jiwa
PENERBIT EKSEKUTIF: Zetty Alia Datuk Ramly
PENULIS SKRIP/PENGARAH: Shahrul Ezad Mohameddin
PENOLONG PENGARAH: Ruhaimi Mat Taruddin
PENGARAH SENI: Zahid Omar
PENGURUS PRODUKSI: Tini Arshad
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI: Mohd Fadilah Yoosuf
SOLEKAN/HIAS: Mohd Faiza Mohd Said
JURUKAMERA: Pengarah Fotografi/Jurukamera: Ramli Long
KONTI: Meor Mardzuki Meor Ahmad
JURUGEGAS & HANDY: Norazlina Azari
TEKNIKAL: RL Breakdown Service
PELAKON UTAMA: Pelakon: Eizlan Yusof (Borhan), Ziela Bakarin (Suhaili), Elly Suriati (Munirah), Balkisyh Semundur Khan (Seri), Ijoy Azahari (Suhaimi), Isma Yusof (Jali), Zarina Zainuddin (Ruby), Kefli AF (Sofian)
SIARAN: 11 Disember di stesen TV3



 
Chatroom