Home » Filem Sofazr The Movie oleh Kumpulan Sofazr

Filem Sofazr The Movie oleh Kumpulan Sofazr

Kumpulan Sofazr kini sibuk merancang karier mereka dalam industri seni tempatan.

Paling terbaru, sumber terdekat dengan Sofazr telah memaklumkan bahawa kumpulan ini telah pun mengambil keputusan yang nekad untuk menerbitkan filem tentang mereka yang berjudul Sofazr The Movie di mana filem ini akan menampilkan mereka sendiri berenam sebagai hero utama.

2102011filmsofarza Filem Sofazr The Movie oleh Kumpulan Sofazr

Bercakap tentang jalan cerita filem ini, mereka berenam akan melalui saat-saat yang sukar selepas dibelenggu populariti sebagai artis popular. Malah, ia juga akan turut menampilkan liku-liku perjalanan dan kepayahan mereka dalam usaha untuk mengukir nama serta mencari tapak dalam industri hiburan tempatan.

Pokoknya, filem ini dikatakan mempunyai sedikit kisah benar tentang Sofazr yang dulunya berlima tetapi kini sudah berenam. Dengar cerita lagi, penggambaran filem ini akan dimulakan pada 10 Mac depan. Kiranya lagi sebulan ianya akan bermula.

Sofazr juga dikhabarkan akan menjemput beberapa orang industri untuk membuat penampilan khas dalam filem ini termasuklah wartawan hiburan yang banyak membantu menaikkan nama mereka. Khabarnya, mungkin juga mereka akan membuat satu watak istimewa wartawan hiburan yang menjadi penguat cerita untuk filem ini.

Dalam masa yang sama, mereka dikatakan sedang mengintai siapakah wartawan hiburan yang boleh melakonkan watak berkenaan. Menurut sumber, kalau boleh mereka mahu wartawan itu yang betul-betul boleh berlakon secara natural.

Tentang pengarah pula, Sofazr telah pun melantik dua bintang realiti TV produk dari Astro iaitu Isma yang mendapat tempat ke-5 dalam Akademi Fantasia 7 (AF7) dan Tauke Raja Lawak 2 sebagai pengarah bersama untuk filem ini.

Macam mana agaknya lakonan mereka ye?

Sumber: Murai Batu, GUA



Filem Sofazr The Movie, Kumpulan Sofazr



 
Chatroom