Home » » Sinopsis Mata Ayer slot Legenda,TV3 lakonan Zamarul Hisham

Sinopsis Mata Ayer slot Legenda,TV3 lakonan Zamarul Hisham

Sinopsis Drama Mata Ayer

Mata Ayer mengisahkan bagaimana penduduk kampung masih mempercayai perubatan tradisional daripada Tok Ipin (Zamarul Hisham) sekiranya mempunyai masalah kesihatan ataupun gangguan makhluk halus.

Kehebatan Tok Ipin disegani dan disanjung oleh penduduk kampung.

Bagaimanapun Tok Ipin mula berasa tercabar dengan wujudnya sebuah klinik desa kerana ia telah menjejaskan pendapatannya sebagai sorang bomoh dan pengamal ilmu hitam.


Maka, Tok Ipin telah menghebahkan kisah legenda Mata Ayer kepada seluruh kampung supaya penduduk-penduduk akan terus mempercayai kebolehannya dalam mengubati mereka dengan ilmu batin.

Punca mata air dikaitkan dengan legenda Melati yang dikhabarkan ghaib ratusan tahun dahulu di sebuah kaki bukit. Roh Melati dikatakan tidak tenteram dan masih meratapi kematian keluarganya sehingga kini.

Air matanya telah menghasilkan satu aliran kecil. Malah air tersebut juga dikatakan sebagai ubat mujarab dan penawar bagi segala penyakit dan gangguan makhluk halus.

Hanya Tok Ipin sahaja yang diamanatkan untuk mengambil air daripada mata air itu untuk perubatan tradisional.


Kehadiran Ustaz Akhbar (lakonan Hairi Anak Wayang) telah mencabar kredibiliti Tok Ipin sehingga dia memasang pelbagai muslihat untuk terus kekal berpengaruh selain mendapatkan kepercayaan daripada penduduk kampung tersebut.


Lebih menarik, drama ini turut menampilkan single terbaru Farawahida, Jangan Tanya Aku Lagi sebagai lagu tema yang dijangka popular.

Drama 20 episod terbitan Zeel Production itu menemui penonton pada setiap Isnin hingga Khamis selama sejam bermula pukul 4 petang.

Drama Mata Ayer membariskan pelakon-pelakon terkenal antaranya Zamarul Hisham, Azza (Elite), Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah.

Turut berlakon Hairi (Anak Wayang), Sharifah Shakinah, Norlia Ghani, Zain Saidin serta pendatang baru Syaff Shamim, Redza Hasbi dan Nur Hirzi.



 
Chatroom