Home » » Sinopsis Setelah Kau Tiada lakonan Intan Azura di TV1

Sinopsis Setelah Kau Tiada lakonan Intan Azura di TV1

Sinopsis drama Setelah Kau Tiada

Drama Setelah Kau Tiada mengisahkan Maria Mursyid lakonan Intan Azura terpaksa menyambung usaha menguruskan ladang sawit, ternakan ikan keli dan lembu di kampung selepas kematian suaminya. Maria mempunyai dua anak yang masih bersekolah dan memerlukan perhatiannya dalam menempuh suka-duka kehidupan di kampung.

Maria meneruskan usaha di ladangnya walaupun mendapat tentangan ibu bapa dan masyarakat sekelilingnya. Kecantikan Maria turut mendapat perhatian ramai sehingga ada yang menaruh hati kepadanya.

Pelakon lain yang turut menjayakan drama ini ialah Zed Zaidi, Yus Waisar, Shafiz Sumari, Tunku Norhanis, Nabila Nasir, Wan Maimunah Wan Abd Aziz, Azhar Che Ree, Ishak Nengah, Liza Shadan, Norazipah Zainon Abidin dan Hasnita Othman.

Drama terbitan Unomedia Sdn Bhd dan arahan Jurey Latiff ini padat dengan pelbagai konflik dan diharap memberi inspirasi kepada penonton mengenai kegigihan ibu tunggal.

Di samping berdepan tanggungjawab besar dalam keluarga mereka membuktikan kegigihan dan semangat untuk berjaya dalam karier yang diceburi mampu dilakukan.

Setelah Kau Tiada disiarkan menerusi slot Bidadari di TV1, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 pagi bermula hari ini.



 
Chatroom