Home » » Model dinasihat kuruskan badan

Model dinasihat kuruskan badan

Model dan pelakon Rosie Huntington-Whiteley mendakwa dia pernah ditegur supaya mengurangkan berat badannya jika mahu berjaya dalam kerjayanya sebagai peragawati.

Whiteley, 24, dinasihatkan supaya mengurangkan berat badannya oleh seorang ketua fesyen ketika dia baru menjadi model.


Sebelum ini, model Victoria's Secret ini tidak pernah bimbang mengenai berat badannya dan amat terkejut bila ditegur seperti itu.

"Nasihat itu amat menyakitkan hati saya kerena sebelum ini saya tidak pernah risau tentang berat badan saya, tetapi saya sedikit degil dan saya tidak mengikuti nasihat itu.

"Saya mempunyai air muka kanak-kanak dan montel secara semula jadi dan ia akan beransur hilang bila saya semakin dewasa," katanya kepada majalah Elle.

Bagaimanapun Whiteley yang akan memegang watak heroin dalam filem terbaru Transformers: Dark of the Moon menggantikan Megan Fox, mengaku suka bersenam, tetapi untuk mendapatkan stamina dan bukan untuk kekal langsing. - AGENSI



 
Chatroom