Home » » Sinopsis Takdir Afina, Cerekarama TV3-25 Jun 2011

Sinopsis Takdir Afina, Cerekarama TV3-25 Jun 2011

Sinopsis Takdir Afina

Telemovie Takdir Afina ini mengisahkan tentang Afina (Nadia Aqilah) seorang gadis yang mencari seorang lelaki yang bergelar suami yang mampu menjadi pelindung dan pembimbing hidupnya. Perkahwinannya bersama dengan Hisham gagal setelah Hisham yang workaholic bukanlah seorang suami yang baik. Hisham langsung tidak pernah mempedulikan Afina.

Takdir Afina



Rumahtangga Afina yang pertama gagal bersama Hisham (Razali Hussein)

Afina hidup dan hanyut di dalam keseronokan dunianya sendiri. Namun jiwanya tetap meruntun mahukan setitis hidayah dari Ilahi. Selepas keruntuhan rumahtangganya, Afina bertemu dengan Akmal (Nazim Othman) seorang peguam yang berpegang kuat pada ajaran Islam. Adakah pertemuan ini satu rahmat, ataupun satu ujian yang lebih berat kepada Afina?

Telemovie untuk slot Cerekarama TV3 ini akan menemui penonton pada 25 Jun 2011, jam 10.00 malam.

Takdir Afina menggunakan lagu Diriku Untukmu nyanyian Nadia Aqilah sebagai lagu tema dan skor muziknya.

Pelakon Takdir Afina: Nadia Aqilah Bajuri, Nazim Othman, Maimon Mutalib, Wan Maimunah, Mubarak Majid dan Razali Hussain

Facebook Takdir Afina : Facebook Takdir Afina



 
Chatroom