Home » » Sinopsis Cahaya Lailatul Qadar ,TV1, 27 Ogos 2011

Sinopsis Cahaya Lailatul Qadar ,TV1, 27 Ogos 2011

Sinopsis Cahaya Lailatul Qadar

Drama Cahaya Lailatul Qadar menceritakan kisah kesedihan Zaleha di atas kematian anak sulungnya bernama Amru di luar negara, menyebabkan beliau ‘mengharamkan’ sambutan Ramadhan & Aidilfitri, namun kemunculan Aqil, pemuda yang menyerupai sikap Amru pada malam 27 Ramadhan merubah situasi itu.

Sinopsis Cahaya Lailatul Qadar

Hubungan mesra yang wujud antara Aqil dan keluarga Hassan dan Zaleha seolah-olah rahmat yang diturunkan oleh Allah pada Malam Lailatulqadar. Mereka seolah-olah satu keluarga yang bahagia. Zaleha seolah-olah telah mendapat kembali semangat dan dirinya.

Namun kedatangan rakan-rakan Amru pada hari raya Aidilfitri telah membuka satu misteri, apabila mereka menyatakan sememangnya Aqil adalah rakan Amru, namun Aqil juga seperti Amru meninggal dunia ketika mengalami kemalangan di Sydney.

Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik pertemuan itu? Siapakah Aqil dan apa yang menyebabkan Zaleha berubah? Adakah Zaleha kembali membuka hatinya redha menerima takdir Allah? Untuk mengetahui kesudahannya pastikan anda menyaksikan Cahaya Lailatulqadar di TV1.

Drama Cahaya Lailatul Qadar akan ditayangkan pada 27 Ogos 2011, jam 3.05 petang di TV1.

Pelakon Cahaya Lailatul Qadar:Iqbal Mazalan, Kartina Aziz dan Fathil Dani.

Kredit: Budiey



 
Chatroom