Home » » Facebook bakal disenarai di bursa saham?

Facebook bakal disenarai di bursa saham?

Syarikat rangkaian sosial terkenal, Facebook Inc. merancang untuk meraih dana dalam tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak AS$10 bilion (RM30 bilion).

Rancangan tersebut secara tidak langsung bakal membolehkan syarikat tersebut menyasarkan dana keseluruhan berjumlah lebih AS$100 bilion (RM300 bilion).

IPO tersebut dijangka disenaraikan di bursa saham antara April dan Jun tahun depan.

Sumber menambah, Facebook Inc. bagaimanapun masih belum membuat keputusan mengenai pemilihan bank yang akan terlibat bagi tujuan pelaburan tersebut.

Ketua Pegawai Kewangan Facebook, David Ebersman kini dalam perbincangan dengan pihak perbankan mengenai rancangan tersebut.

Namun begitu, pengasasnya, Mark Zuckerberg juga masih belum memutuskan sebarang keputusan berhubung rancangan itu. - REUTERS



 
Chatroom