Home » » Hampir putus asa kuruskan badan

Hampir putus asa kuruskan badan

Saya sudah berputus asa kerana sudah mencuba pelbagai jenis produk tetapi satu pun tidak menjadi. Saya nekad kalau produk ini pun tidak menjadi, saya tidak akan mengambil apa-apa produk melangsingkan badan selepas ini," kata Norazlia Sharome, 47, yang berjaya mengurangkan berat badan daripada 80 kilogram (kg) kepada 56kg sekarang selepas menggunakan produk Jus Mate 5 (JM5) sejak setahun lalu.

Beliau yang berasal dari Datuk Keramat, Kuala Lumpur tidak menyangka produk JM5 diamalkan sejak lima bulan pertama tahun lalu membuahkan hasil apabila berat badannya turun mendadak, sekali gus mendapatkan bentuk badan ideal.

Katanya, dia kerap sakit sendi dan lutut kerana berat badan besar menyukarkannya berjalan namun sejak mengalami penyakit berkenaan dia berusaha mencari pelbagai jenis produk pelangsingan untuk menguruskan berat badan.

Saya sudah tidak tahan kerana sering mengalami sakit pada kedua-dua lutut. Sudah bermacam-macam produk saya gunakan untuk menguruskan badan tetapi tidak berkesan, malah semakin teruk dan tidak berkesan.

"Saya terbaca mengenai produk JM5 keluaran syarikat Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) dalam Harian Metro dan mahu mencubanya tetapi kurang yakin dengan tahap keberkesanannya.

"Selepas hampir lima bulan menggunakan produk ini dan mengikut cara 'Diet Dr Rozmey', saya berjaya menurunkan berat badan daripada 80kg kepada 56kg sekarang," katanya.

Norazlia yang juga suri rumah sepenuh masa berkata, dia seolah-olah hilang keyakinan diri dan tumpuan kerana berat badannya yang besar selain malu untuk bergaul dengan orang ramai dan saudara mara.

"Dulu kalau hendak berjalan ke mana-mana saya sering memakai jubah kerana tiada saiz baju yang sesuai. Saya sudah tawar hati pergi membeli-belah fesyen pakaian terkini kerana pasti tiada saiz sesuai untuk saya yang berbadan gemuk ini.

"Tetapi sekarang berat badan saya pada tahap ideal, malah penyakit sendi dan lutut juga pulih. Tahap kecerdasan juga tinggi dan bertambah ceria bersama empat anak berusia antara 13 hingga 25 tahun yang sentiasa menyokong saya.

"Saya berterima kasih kepada Datuk Dr Che Rozmey kerana produk JM5 memang berkesan menstabilkan berat badan seseorang yang berbadan besar. Kadang-kadang ketawa kecil apabila remaja memanggil saya dengan panggilan kakak," katanya.

Menurutnya, kini dia boleh bergaya seperti wanita lain seperti memakai baju kebaya dan seluar jeans kerana badannya kurus.

"Saya juga elakkan mengambil makanan berlemak dan berminyak kerana bimbang berat badan bertambah semula. Pada masa sama, saya mengamalkan produk JM5 bagi mengekalkan bentuk badan ideal.

Saya banyak mengambil makanan seperti roti, sayur-sayuran dan buah-buahan bagi memastikan diet seimbang yang diamalkan teratur," kata pemenang Cabaran Langsing dan Sihat Menawan HPM Siri Kedua ke Bandung, Indonesia tahun lalu.

Orang ramai yang ingin berkongsi pengalaman bersama Norazlia boleh menghubunginya di talian 013-7481176.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif HPM, Datuk Dr Che Rozmey berkata, kesan yang diperoleh selepas pengguna mencuba JM5 ialah pengurangan berat badan yang diidamkan di samping kesihatan pengguna bertambah baik terus meyakinkan semua bahawa ramuan terbaik dalam penghasilan produk JM5 nyata bertaraf antarabangsa.

"Inilah hasilnya apabila semakin ramai pengguna JM5 mampu merasai kelainan selepas mencuba produk ini berbanding produk lain sebelumnya," katanya.

Maklumat mengenai produk keluaran HPM, layari www.herbaprima.com.my atau hubungi 04-9168026, 04-9178145 atau 019-4269012.

Oleh Mohamad Hussin



 
Chatroom