Home » » Sinopsis Filem Adnan Semp-it 2

Sinopsis Filem Adnan Semp-it 2

Sinopsis Adnan Semp-it 2

Adnan Semp-it 2 mengisahkan usaha Adnan memenangi hati bapa Nadia, Datuk Ithnin lakonan Ahmad Tarmimi Siregar selepas perhubungan cinta mereka tidak direstui. Adnan berdepan cabaran besar apabila bapa Nadia meletakkan syarat, Adnan perlu fasih bertutur bahasa Inggeris dan berubah penampilan diri sebagai ahli korporat dalam masa 30 hari.

Adnan dibantu Bobby menjadi perunding imej. Bapa Nadia turut mengupah Fendi (Shuk Balas) menggoda Adnan yang membuatkan Nadia sangsi dengan cinta kekasihnya sama ada pada lelaki atau perempuan.

Dalam pada itu, perhubungan cinta Bobby dengan Wawa berdepan masalah selepas Wawa bosan dengan sikap Bobby yang tidak memikirkan masa depan mereka bersama.


PRODUKSI: Metrowealth Pictures Sdn Bhd
PRODUSER: David Teo
PENGARAH: Ismail Bob Hasim

Pelakon Adnan Semp-it 2: Shaheizy Sam (Adnan), Intan Ladyana (Nadia), Yana Samsudin (Wawa), Along Cham (Bobby), Shuk Balas (Fendi), Angah Raja Lawak (Ismat), Ahmad Tarmimi Siregar (Datuk Ithnin), Aznah Hamid (Datin Mas)



 
Chatroom