Home » » Sinopsis SI TUDUNG TWEET,16 November 2011, 8.30 malam, TV9

Sinopsis SI TUDUNG TWEET,16 November 2011, 8.30 malam, TV9

Sinopsis SI TUDUNG TWEET

Telefilem SI TUDUNG TWEET mengisahkan tentang kehidupan pelajar di kolej yang inginkan perhatian. Zubaidah merupakan seorang pelajar kolej yang sanggup membuat apa sahaja supaya mendapat perhatian ramai.

Liyana Jasmay yang memegang watak Zubaidah, berasa iri hati terhadap Marissa, lakonan Juliana Evans, yang dianggap saingannya. Marissa merupakan bukan sahaja bijak dari segi komunikasi dan penampilan, malahan ramai gadis di kolej ingin menjadi sepertinya dan menganggapnya sebagai idola.

Situasi ini membuatkan Zubaidah bertambah iri hati dan bertindak mencetuskan spekulasi di laman sosial terhadap Marissa. Apatah lagi ramai jejaka yang ingin menjadi teman Marissa.

Pelbagai perubahan dilakukan oleh Zubaidah untuk menyaingi Marissa sehinggalah suatu hari, Zubaidah melakukan sesuatu yang tidak diduga semasa menghadiri kuliah pengajian Islam dan mendapat perhatian ramai! Telefilem ini akan menemui penonton pada 16 November 2011 di TV9 dan pastinya ia akan menghiburkan anda seisi keluarga.

Lakonan: Liyana Jasmay, Izzue Islam, Natasha Hudson, Juliana Evans, Afiq Muiz



 
Chatroom