Home » » Ubat batuk herba cap Kaki Tiga bantu legakan batuk

Ubat batuk herba cap Kaki Tiga bantu legakan batuk

Batuk, sakit kerongkong atau suara serak pasti membuatkan kita berasa tidak selesa untuk menjalankan aktiviti harian.

Ia bertambah buruk apabila berlarutan sehingga terpaksa mengambil cuti apabila batuk semakin membimbangkan.

Jika anda mengalami masalah itu, apa kata cuba atasi dengan mengambil ubat batuk herba cap Kaki Tiga yang membantu untuk memberi kelegaan berkesan kepada tekak.

Ubat batuk berkenaan juga membantu memberi keredaan akibat ketidakselesaan kerana terlalu banyak mengambil makanan yang menyebabkan badan terasa panas.

Penghasilan ubat batuk menggunakan ramuan ubat tradisional terdiri daripada daripada 15 jenis herba Cina dan madu bermutu tinggi itu disediakan menerusi kaedah penyediaan halal.

Kualiti herba juga dikekalkan bagi memastikan mutu isi kandungan setiap botol manakala kandungan madunya juga dapat memberi khasiat yang baik kepada kulit.

Memenuhi kehendak pengguna zaman kini yang bergerak aktif dan gemar melancong, ubat batuk herba cap Kaki Tiga itu boleh didapati dalam botol plastik polietilena tereftalat (PET) bersifat ringan serta tahan hentakan.

Ia juga mudah dipegang menjadikannya tidak terjatuh dan selamat dibawa ke mana-mana bagi mereka yang sentiasa aktif bergerak. Penutup botolnya lebih mudah dibuka serta dapat menahan isi kandungan daripada menitis keluar di sekeliling kawasan botol.

Melalui rekaan botol plastiknya yang mesra pengguna, ia dianugerahkan Tanda Reka Bentuk Baik Malaysia 2010 dalam kategori pembungkusan dan berkualiti daripada Majlis Reka Bentuk Kerajaan Malaysia.

Ia boleh didapati di semua farmasi, kedai ubat Cina dan gedung runcit utama pada harga RM7.40 untuk 90 mililiter (ml) dan RM10.70 bagi 180 ml.



 
Chatroom