Home » » » Tip Petua Menghindari Kotoran Deodoran Pada Baju

Tip Petua Menghindari Kotoran Deodoran Pada Baju

Menghindari Kotoran Deodoran Pada Baju

Setiap kali kamu bercuti, deodoran merupakan benda yang wajib dibawa untuk menghindari bau badan. Namun ada kalanya penggunaan deodoran boleh meninggalkan kesan kotor pada baju. Berikut merupakan tip untuk mengatasinya.

1. Pastikan kamu menggunakan deodoran hanya dalam sapuan yang tipis dan tunggu hingga ia benar-benar kering sebelum mengenakan pakaian. Bagi mempercepatkan pengeringan, angkat lengan tinggi-tinggi di bawah kipas angin atau gunakan fitur cool pada blow-dryer.

2. Sekiranya terpaksa menggunakan deodoran setelah berpakaian lengkap, usahakan tidak terkena pada bahagian dalam baju.

3. Pilih deodoran berbentuk semburan dan gel kerana jenis ini cenderung untuk tidak meninggalkan bekas yang terlalu kentara.

4. Sebagai ganti deodoran, sapukan minyak pati (essential oil) pada ketiak untuk mencegah bau yang kurang enak. Selain itu, kamu juga boleh menggunakan bahan semula jadi seperti tawas.

5. Jika secara tidak sengaja pakaian kamu terkena deodoran, kamu hanya perlu membersihkan kotoran tersebut menggunakan kain daripada bahan kapas. Jangan sesekali berusaha menghilangkan kotoran dengan menggunakan kertas tisu yang dicelup ke dalam air kerana cara itu benar-benar tidak berkesan dan akan meninggalkan banyak serpihan tisu pada pakaian.



 
Chatroom