Home » » Sinopsis drama Bicara Hati, Astro Prima lakonan Sharnaaz,Marsha

Sinopsis drama Bicara Hati, Astro Prima lakonan Sharnaaz,Marsha

Sinopsis drama Bicara Hati, Astro Prima
Bicara Hati adalah tentang kisah Tengku Syahran dan Zahlia bertemu dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Drama Bicara Hati

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?

Pelakon drama Bicara Hati
Sharnaaz Ahmad Basir, Cristina Suzanne Stockstill, Marsha Milan Londoh, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Nazeera Sardi, Abby Nadzri, Josiah Hocan, Zarina Zainuddin, Mislina Mustaffa, Dazrin, Meor Muhd, Mama Rock, Lash Mokhtar, Balkish, Shakila Khoriri.



 
Chatroom