Home » » Petua elak muntah makan udang

Petua elak muntah makan udang

Petua elak muntah
Udang galah bersepit biru, udang kertas mahupun udang harimau adalah makanan laut paling digemari seluruh dunia tetapi jika tersilap langkah, orang yang memakannya boleh mengalami rasa pening, khayal dan mungkin rasa seperti nak muntah.

Jika itu yang terjadi, bermakna anda termakan toksin pada bahagian belakang udang.

Bagi mengelakkan itu, anda perlu membuang toksin berkenaan dengan menarik keluar satu urat di bahagian belakang udang galah, udang kertas dan udang harimau. Urat berkenaan boleh dikesan menerusi lendir berwana putih kehitaman.

Gunakan pisau tajam dan belah belakang udang yang sudah dibuang kulitnya dan tarik urat halus ini dengan perlahan supaya tidak putus.

Urat ini jika tidak dibersihkan maka simtom pening dan khayal hingga membahayakan urus kerja terutama bagi pemandu kenderaan.

Selepas dibersihkan bahagian itu, makanlah ala kadar dan tidak boleh meminum jus limau berlebihan kerana dibimbangi akan mengalami keracunan arsenik pula.

Ini berpunca daripada sejenis kandungan kimia yang terdapat dalam urat tengah badan udang besar sama ada udang galah, udang kertas dan udang harimau.



 
Chatroom