Home » » Sinopsis Drama Kasut

Sinopsis Drama Kasut

Sinopsis drama Kasut

Yaya (12 tahun) menerima bantuan persekolahan berbentuk pakaian dan kasut sekolah sumbangan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dua minggu sebelum cuti akhir tahun. Malangnya, bungkusan tersebut terjatuh dalam sungai ketika basikal yang ditunggang bersama adiknya, Din (10 tahun) tergelincir di jambatan.

Yaya dan Din tidak berani memberitahu nenek mereka, Opah Hajar kerana bimbang dmarahi. Opah Hajar memang mengharapkan bantuan tersebut memandangkan hidup mereka terbeban dengan hutang yang ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Yaya dan Din berikhtiar untuk menggantikannya dengan wang saku.

Yaya menjadi lemah kerana tidak cukup makan. Din juga mengambil upah mengisi kuih semasa cuti sekolah. Namun, pelbagai insiden terjadi menyebabkan hajat Din untuk menggantikan kasut yang sudah rosak tidak kesampaian. Yaya cuba menampal kasut lamanya.

Pelakon: Erryne Eryana, Fimie Don, Fauziah Nawi, Noorkhiriah, Mubarak Majid.



 
Chatroom