Home » » Fazley Yaacob sudah kurus - turun 16kg

Fazley Yaacob sudah kurus - turun 16kg

Fazley Yaacob telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16 kg setelah berat badannya naik mendadak pabila mendirikan rumahtangga.

Berat badan Fazley kembali kurus sebagai persedian untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian. Fazley berkata dia kini kembali ke bentuk badan asalnya sewaktu bujang.

Fazley Yaacob kurus

"Selepas kahwin, berat badan saya memang naik dengan mendadak iaitu sebanyak 15 kilogram.

"Mananya tak bertambah, isteri saya orang yang bertanggungjawab menaikkan berat badan saya kerana dia merupakan tukang masak yang terbaik buat saya.

"Namun kini saya terpaksa menurunkan kembali berat badan supaya badan saya berada dalam keadaan fit, sihat dan berkeyakinan untuk kembali menyanyi," luahnya lagi.

Sejak berkahwin dengan Azrene Soraya pada 7 November 2006, Fazley telah dikurniakan tiga orang putera iaitu Ahmad Fardiz Shah Fazley, 4, Ahmad Fieradz Shah Fazley,2, dan Ahmad Firudz Shah yang baru berusia enam bulan.

Fazley juga akan terlibat dalam program MasterChef Selebriti Malaysia dan merupakan salah seorang peserta. MasterChef Selebriti Malaysia akan disirakan di Astro Ria (saluran 104) setiap hari Sabtu hingga Selasa, jam 9 malam bermula 26 Mei 2012.

Syabas Fazley kerana berjaya menguruskan badan!



 
Chatroom