Home » » Sinopsis Upin & Ipin The Musical 2012

Sinopsis Upin & Ipin The Musical 2012

Upin & Ipin The Musical 2012
Upin & Ipin The Musical 2012

Animasi Paling Berjaya (Malaysia Book of Records 2011) yang telah menggegarkan Asia Tenggara ini bakal menemui peminatnya buat julung kalinya di pentas teater melalui teater Upin & Ipin the Musical. Pementasan yang mengambil masa dua jam ini bakal membawa penonton melihat kehidupan harian Upin, Ipin dan kawan-kawannya di Kampung Durian Runtuh, hutan belantara, gua labah-labah, lautan luas, perkampungan Pulu-pulu serta ke angkasa lepas.

Nak ikut? Saksikanlah pementasan Upin & Ipin the Musical daripada 14 April hingga 6 Mei 2012 di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur dan lihatlah sendiri aksi-aksi menarik pelakon-pelakon comel, cantik, kacak dan berbakat ini. Upin, Ipin, Mei Mei, Jarjit, Ehsan, Mail, Fizi, Ijat, Opah, Kak Ros, Tok Dalang, Rajoo, Sapi… serta watak-watak baru yang mengujakan menunggu anda di sana! Kita berjumpa nanti ya. Betul, betul, betul.
Diterajui Oleh:

Penerbit Bersama : Hj. Burhanuddin Md. Radzi dan Hjh. Ainon Ariff (Les’ Copaque Sdn. Bhd.)
Penerbit Eksekutif : Siti Rohayah Attan (CTRA Production)
Pengarah dan Penulis Skrip : Zaifri Husin (Pengarah Terbaik – 17th Hamden International Theatre Festival, Iran 2010)
Pengarah Muzik: Datuk Suhaimi Mohd. Zain @ Pak Ngah (Komposer Terbaik AJL 2002, 1999, AIM 2001)
Koreografer: A. Aris Kadir (Koreografer Terbaik – BCAA 2006)
Maklumat Lanjut:

Tel : +603-6186 6592 / +03-4147 8600 / +017-200 4249 / +03-4026 5555
Email : alphaevents@hotmail.com
Blog Rasmi : www.upinipinmusical.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/upinipinthemusical



 
Chatroom