Home » » » Tip Solekan Kenduri Kahwin

Tip Solekan Kenduri Kahwin

Zulfadzli, jurusolek untuk jenama barangan kewanitaan, AVON berkongsi langkah demi langkah solekan menarik dan ringkas untuk tetamu menghadiri majlis kenduri perkahwinan keluarga atau rakan. Solekan menggunakan produk kosmetik terkini dari AVON.

Langkah demi langkah

1) Wajah sebelum disolek.

2) Sapukan keseluruhan wajah dengan krim ANEW Genics sebagai pelembap dan dijadikan alas kepada kulit supaya solekan tahan lebih lama. Sapukan bedak asas cecair dari rona lebih cerah pada bahagian atas tulang pipi, tulang hidung dan bahagian dagu untuk menunjukkan kesan timbul dan solekan tidak nampak terlalu rata. Teknik terbaru ini menggantikan teknik lama iaitu dilukis dengan menggunakan pensel.

3) Gunakan bedak asas cecair rona gelap pada bahagian kiri dan kanan hidung bagi menyerlahkan hidung tampak lebih mancung serta menyapu sedikit pada bahagian rahang untuk bayangan bentuk wajah lebih runcing.

4) Sapukan bedak asas jenis serbuk, Smooth Mineral dengan cara pusingan pada seluruh wajah.

5) Untuk solekan pembayang mata, sapukan rona terang (contoh warna ungu terang) pada seluruh kelopak mata untuk tampak lebih segar.

6) Sapukan alis mata dengan satu garisan dari hujung luar ke hujung dalam, menggunakan pensil mata warna hitam lembut Glimmerstick Black serta akhiri dengan pembayang mata serbuk rona gelap untuk menampakkan bentuk mata lebih menonjol dan kesan kekal. Sapukan teknik sama pada bahagian alis bawah mata supaya menampakkan lagi bentuk mata.

7) Bagi bentuk mata lebih besar, sapukan rona lebih gelap (ungu gelap) pada bahagian hujung luar mata hingga ke atas kelopak mata.

8) Sapukan maskara dengan cara zigzag dari bawah membawa ke hujung bulu mata untuk kesan lebih lentik dan tebal.

9) Sapu pemerah pipi Smooth Mineral AVON pada bahagian pipi dengan teknik memusing .

10) Sapukan pelembap bibir sebagai pelindung bibir dari kekeringan sebelum menyapu gincu bibir terbaru Shine Attrack Lipstick Avon dari rona lembut semula jadi.

11) Wajah siap disolek dan sedia untuk ke majlis kenduri.

Tip mekap kali ini:

* Sapuan pembayang mata dengan rona gelap bagi nampakkan mata lebih menonjol, besar.

* Maskara perlu disapu secara zigzag dari bawah menghala ke hujung mata untuk kesan lentik dan tebal.



 
Chatroom