Home » » Kamal Adli tak makan nasi untuk kurus/diet

Kamal Adli tak makan nasi untuk kurus/diet

Pelakon Kamal Adli berpuas hati mendapat kembali berat badan idealnya setelah 7 bulan disindir oleh orang sekeliling disebabkan perubahan mendadak fizikalnya itu.

Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 26, berkata dia berjaya mencapai berat badan ideal iaitu 75 kilogram berbanding 81 kilogram sebelum ini, selepas mengamalkan diet intensif termasuk senaman dan mengawal pemakanan bagi sepanjang tempoh itu.

Kamal Adli kurus

“Saya sudah tidak larat dengar sindiran dan reaksi orang sekeliling dengan perubahan fizikal saya. Sepanjang tempoh tujuh bulan, saya aktif bersukan seperti bermain bola sepak dan futsal sebanyak tiga hingga lima kali seminggu.

“Yang paling saya tekankan adalah aspek pemakanan. Saya langsung tidak jamah nasi dan perbanyakkan pengambilan sayuran dan buah. Kalau hendak tahu, walaupun saya sudah mula ambil nasi semula tapi jumlahnya sangat terkawal,” katanya.

Kamal berkata, walaupun berdepan pelbagai cabaran dan sindiran orang sekelililing, dia sentiasa fokus kepada rutin dietnya. Sejak perubahan itu, dia berasa berkeyakinan semula dan lebih cergas berbanding sebelum ini.

“Saya rasa sihat dan penuh bertenaga seperti ketika saya menyertai pertandingan Hero Remaja, empat tahun lalu. Alhamdulillah, selepas tujuh bulan mengamalkan diet, ia mula menampakkan hasil.

“Saya gembira dan berpuas hati kerana usaha saya untuk mencapai matlamat ini berjaya,” katanya.



 
Chatroom