Home » » Tip Penjagaan Tudung Banyak Perincian

Tip Penjagaan Tudung Banyak Perincian

Panduan jaga tudung banyak perincian

Sekiranya tudung memiliki perincian seperti manik atau batuan kecil, tidak kira sama ada pada sengkuap, hujung selendang atau bahagian tepi tudung, berikut beberapa panduan penjagaannya:

Membasuh

Bagi mereka yang gemar mengenakan selendang, kebiasaannya ia daripada kain jarang yang amat sensitif dan mudah koyak terutama jika menggunakan mesin basuh.

Sebaiknya basuh selendang menggunakan tangan dengan hanya merendam dan gosok perlahan-lahan.

Gunakan sabun bersesuaian dengan jenis kain selendang terbabit. Untuk bahagian perhiasan pula, jangan rendamkan bersama untuk mengelakkan daripada berkarat.

Untuk menghilangkan kesan mekap terutama pada bahagian sengkuap, gunakan sabun, krim ataupun gel mandian manakala bagi luaran tudung pula celup dalam air sabun seketika kemudian bilas.

Menjemur

Jangan perah atau mengibas selendang atau tudung kerana ia mungkin akan menyebabkan perincian rosak.

Paling mudah jemur saja tudung selepas direndam dan biarkan sehingga kering. Paling penting, jangan menjemurnya di bawah cahaya matahari yang terik kerana boleh menyebabkan kain cepat rosak.

Menyimpan

Simpan tudung di tempat khas dan pastikan bahagian yang memiliki perincian tidak renyuk. Paling mudah gunakan penyangkut tudung yang kini boleh didapati dengan mudah di pasaran.

Tudung Ungu

Menggosok

Tidak semua selendang atau tudung perlu digosok, tetapi bagi mereka yang memerlukannya, pastikan lapik bahagian bawah papan gosok sebelum memulakan proses menggosok.

Terbalikkan tudung atau selendang bagi memudahkan proses menggosok terutama jika memiliki perincian ataupun aksesori seperti batuan ataupun manik.



 
Chatroom