Home » » Sinopsis Untuk (3) Tiga Hari, filem adaptasi novel Ahadiat Akashah

Sinopsis Untuk (3) Tiga Hari, filem adaptasi novel Ahadiat Akashah

Sinopsis Untuk 3 Hari
Filem Untuk Tiga Hari mengisahkan kisah cinta luar biasa dan agak pelik. Untuk Tiga Hari berkisar tentang dua pasang kekasih yang terpaksa berkahwin atas desakan dan pilihan orang tua.

Pasangan kekasih ini memutuskan untuk bercerai selepas tiga hari mereka mendirikan rumah tangga.

Dalam tempoh tiga hari mereka meluangkan masa bersama, mereka mula sedar bahawa itulah jodoh yang terbaik buat mereka seperti mana yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan meneruskan perhubungan bukanlah sesuatu yang buruk dan mungkin adalah perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup mereka.

Sinopsis Filem Untuk 3 Hari

Trailer Rasmi Filem Untuk Tiga Hari



Bahagiakah kita untuk meneruskan cinta selepas melukakan hati pasangan yang diceraikan selepas 3 Hari perkahwinan?

Filem Untuk Tiga Hari adalah filem diadaptasi daripada novel popular Ahadiat Akashah.

Pelakon filem Untuk Tiga Hari: Afdlin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah, Dira Abu Zahar, Zizan Nin, Ainul Aishah, Nabil Ahmad, Zizan Raja Lawak, Fauziah Ahmad Daud, Zaibo, Khatijah Tan dan Atilia.

Penerbit: Sharad Sharan (Ombak Rindu)
Pengarah: Afdlin Shauki
Pelakon: Adflin Shauki, Rashidi Ishak, Vanidah Imran, Ayu Raudhah
Produksi:  Tarantella Pictures Sdn Bhd.

Facebook Filem Untuk Tiga Hari: http://www.facebook.com/pages/Untuk-Tiga-Hari-Official-Homepage/157670424341237

Untuk 3 Hari Summary:
Afdlin Shauki directs and acts in this movie about a pair who decide to end their marriage after 3 days to please their elders, but then during their time spent together, they start to realise that fate and maintaining their bond may not be so bad and could be the best thing that's ever happened for them.



 
Chatroom