Home » » Rasulullah SAW, idola terbaik sepanjang zaman

Rasulullah SAW, idola terbaik sepanjang zaman

Kisah Rasulullah, sahabat penguat semangat
Idola terbaik sepanjang zaman adalah Rasulullah SAW. Persoalannya, mengapa umat Islam tidak mendapatkan inspirasi daripada tokoh motivasi ulung ini. Mengapakah kisah sahabat beliau tidak dijadikan sebagai penguat dorongan ke arah kebaikan?

Sesungguhnya dengan mendengar, membaca, dan mengetahui kisah nabi, sahabat, tabiin dan orang soleh, itu semua menambah iman kepada Allah.

Biasakan dengan kisah nabi

Memang baik apabila anak kecil dibiasakan dengan kisah nabi, sahabat dan kisah teladan supaya tertanam kecintaan mereka kepada tokoh Muslim itu. Perkara ini akan menimbulkan dorongan motivasi ke arah mempertahankan agama dan menyemarakkan perkara kebaikan dalam masyarakat.

Rasulullah adalah teladan yang terbaik. Beliau orang yang paling baik akhlaknya, berani, dermawan, dan ber bermotivasi. Fakta penting ini tidak pernah dimiliki oleh `superhero', artis ataupun pemain bola sepak yang sering dipuja masyarakat.

Apabila ditanya sebab sahabat begitu bersemangat dan bermotivasi dalam hidup, jawapannya adalah kerana mereka hidup bersama tokoh motivasi ulung, Rasulullah. Sumber motivasi sahabat adalah Allah dan Rasul. Beliau adalah sebaik-baik pakar motivasi kepada mereka dan umatnya.

Peranan wahyu

Apabila sahabat dirundung kelesuan jiwa dan kekurangan motivasi, mereka pergi mendapatkan Rasulullah. Pada zaman itu, wahyu masih diturunkan dan sudah pasti peranan wahyu adalah besar bagi membantu Rasulullah.
Cara duduk Rasulullah SAW

Al-Quran dengan jelas menunjukkan peranannya membantu tokoh motivasi agung menaikkan tahap motivasi sahabat dan mengekalkannya pada tahap yang cemerlang.

Antara ayatnya adalah firman Allah SWT: "Orang yang terdahulu dan yang pertama masuk Islam dalam kalangan orang Muhajirin dan Ansar dan orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka pula reda kepada Allah, dan Allah menyediakan untuk mereka syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itu adalah kemenangan yang besar." (Surah at-Taubah, ayat 100)

Mencari reda Allah

Timbul persoalan sama ada wujud perkara yang lebih utama daripada mendapat reda Allah? Wujud perkara yang lebih baik daripada memperoleh syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya? Wujud kehidupan yang lebih istimewa daripada kekal di dalamnya selama-lamanya?

Mampukah pakar motivasi selain Rasulullah melakukan perkara ini? Jawabnya tidak, akan tetapi, ahli motivasi dapat menjejaki al-Quran dan hadis yang ditinggalkan oleh Rasulullah. Jadikan motivasi kita senada dengan al-Quran dan hadis dalam menyemarakkan motivasi seperti diperoleh sahabat.

Sumber: Buku Motivasi Gaya Rasulullah




 
Chatroom