Home » » Bahan radikal dalam badan

Bahan radikal dalam badan

Bahan radikal yang terdapat dalam badan

Satu kemusykilan yang wujud tentang oksigen ialah kita tidak boleh hidup tanpanya, dan pada masa yang sama, oksigen adalah membahaya kepada kehidupan kita. Tekanan oksidatif merupakan satu keadaan yang antioksidan dalam badan tidak dapat menahan radikal bebas yang dijana dan adalah dipercayai ia merupakan sebab utama lebih darpada 60 jenis penyakit degenerative dari arthritis kepada kanser, penyakit jantung, dan juga kegagalan sistem keimunan badan.

Proses yang mengakibatkan besi berkarat dan buah epal untuk bertukar warna sedang berlaku di dalam setiap sel hidup dalam badan. Secara amnya kita sedang `berkarat' di dalam badan tanpa menyedarinya. Dengan itu, adalah penting untuk kita mengetahui dengan lebih mendalam proses ini dan cara-cara untuk melindungi diri kita daripada ancaman ini.

Radikal bebas

Dalam proses menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga dalam sel, radikal bebas turut terbentuk. Radikal bebas juga dibentuk semasa andamenghidu asap, bahan kimia pencuci dalam rumah, asap rokok, dan juga meminum air yang tercemar. Bersenam, pendedahan kepada cahaya matahari, berpenyakit, kandungan gula dalam darah yang tinggi turut menyumbang kepada pembentukkan radikal bebas. Menurut para penyelidik, radikal bebas boleh memusnahkan enzim, protein, lemak, molekul DNA, dan juga membran sel dan strukturnya - lantas mengubah cara sel mengekod bahan genetik. Ia juga boleh mengaktifkan sel-sel kanser dan melemahkan sistem keimunan badan. Berita yang baiknya ialah terdapat banyak cara untuk melindungi diri kita daripada ancaman radikal bebas.

Antioksida

Badan kita mempunyai sistem pertahanan terhadap radikal bebas dikenali sebagai antioksidan. Antioksidan mempunyai abiliti untuk meneutralkan kesan radikal bebas; selagi ia mempunyai bilangan yang mencukupi untuk melindungi sel-sel persekitaran.

Badan kita juga berupaya membentuk antioksidannya sendiri, lima daripadanya adalah Superoxide Dismutase (SOD), Catalase, Alpha Lipoic Acid, Coenzyme Q10, dan Glutathione Peroxidase. Walaupun antioksidan semulajadi ini amat berkesan untuk meneutralkan radikal bebas, namun masalahnya ialah kemampuan badan untuk menghasilkan dalam bilangan yang mencukupi. Walaupun antioksidan juga boleh didapati dari sumber makanan, namun ia adalah susah untuk menahan radikal bebas yang sentiasa terbentuk dalam badan. Oleh itu, terbentuklah pasaran untuk antioksidan tambahan. Jenis-jenis antioksidan yang wujud dan fungsinya.

Beta karotena

Beta karotena merupakan antioksidan kuat yang menyerang dan meneutralkan oksigen bebas yang merupakan radikal bebas berbahaya yang boleh menjejaskan mata, kulit dan paru-paru.

Vitamin C

Vitamin C berupaya mengurangkan kerosakan radikal bebas dalam bahagian berair badan seperti plasma darah, cecair paru-paru, cecair mata, dan juga cecair antara sel. Ia juga berfungsi melindungi sistem saraf badan dari serangan radikal bebas. Fungsi lain vitamin C juga adalah ia membantu dalam penjanaan vitamin E dalam badan.

Vitamin E
Antioksidan yang mencegah pengoksidaan lemak dalam membrane sel, dimana ia berfungsi menguatkan lapisan luar sel dari serangan radikal bebas. Kajian juga menunjukkan bahawa vitamin E membantu dalam mencegah lemak tepu daripada pengoksidaan yang membentuk plak dalam arteri.

Zat sokongan antioksidan

Zat berikut bukanlah antioksidan tetapi merupakan komponen penting enzim antioksida badan.

Zink

Zink mempunyai ciri-ciri antioksidan yang melindungi badan dan ia diperlukan untuk mengoptimumkan keberkesanan vitamin E dan A. Ia juga merupakan bahan utama enzim antioksida superoxide dismutase (SOD).

Selenium

Selenium merupakan mineral yang mempunyai sinergi yang mantap dengan vitamin E. Ia juga merupakan komponen penting dalam enzim antioksidan glutathione yang menukar radikal bebas hidrogen peroksida kepada air.

Kuprum dan mangan
Kedua-dua mineral ini merupakan komponen penting dalam SOD.




 
Chatroom