Home » » Sinopsis Filem Beautiful Creatures

Sinopsis Filem Beautiful Creatures

Sinopsis Beautiful Creatures

Beautiful Creatures mengisahkan Ethan yang jatuh cinta dengan gadis daripada keluarga ahli sihir, iaitu Lena. Gadis itu bakal menjangkau usia 16 tahun dan pada tarikh lahirnya, dia bertukar menjadi sama ada ahli sihir baik ataupun jahat. Percintaan mereka terpaksa menempuh pelbagai halangan disebabkan kedua-duanya lahir daripada dunia berbeza. Manusia dan ahli sihir tidak boleh bersatu dan berkahwin.


Sinopsis Beautiful Creatures

Lena juga perlu menghapuskan satu sumpahan ke atas dirinya. Namun sumpahan itu hanya terpadam dengan mengorbankan insan kesayangan. Lalu, demi cinta dia berkorban untuk menjauhkan diri daripada kekasihnya. Pelbagai usaha turut dilakukan Lena untuk menyelamatkan Ethan.

Bagaikan kisah cinta Romeo dan Juliet, mana mungkin dua insan begitu menyayangi dapat diputuskan? Justeru, penonton mungkin boleh mengharapkan sambungan daripada kisah ini berdasarkan penamat yang dipaparkan.


Kisah percintaan dua remaja ini tidak dinafikan menyentuh perasaan dan ia sesuai ditonton mereka yang menggemari filem bercorak romantik dan fantasi yang diadaptasi dari novel terkenal.

Trailer Filem Beautiful Creatures


Beautiful Creatures diarahkan sutradara, Richard LaGravenese

Pelakon:  Alice Englert, Alden Ehreneich and Viola Davis.



 
Chatroom