Home » » Testimoni Losyen Sejuta Khasiat Anugerah

Testimoni Losyen Sejuta Khasiat Anugerah

Losyen Sejuta Khasiat Anugerah Testimoni

Kes 1: Siti Jamilah, 32, Kajang, Selangor

Saya berhadapan dengan masalah kitaran haid yang tidak menentu selepas melahirkan anak ketiga. Masalah ini pernah berlaku ketika saya berumur 23 tahun, tetapi hanya untuk beberapa bulan saja. Sejak setahun yang lepas, keadaan bertambah teruk. Kira-kira enam bulan selepas bersalin, hampir setahun lamanya saya tidak datang haid.

Doktor melakukan pemeriksaan dengan mengimbas kawasan peranakan saya dan tidak mendapati sebarang perkara yang pelik.

Saya diberikan ubat hormon bagi membolehkan kitaran haid saya berbalik ke tahap normal. Hinggalah pada bulan lepas, rakan sepejabat saya mengesyorkan untuk mencuba Losyen Sejuta Khasiat bagi membantu merawat masalah saya ini. Saya sapukan losyen ini di bahagian abdomen dan membaca al-fatihah serta selawat.

Saya amalkan pada setiap pagi dan malam sebelum tidur. Dengan izin Allah SWT dan bantuan Losyen Sejuta Khasiat, akhirnya pulih juga masalah haid ini.

Kes 2: Suhailah bt Jamalus, 40, Semenyih, Selangor 

Sebelum ini, saya menderita kerana mengalami keputihan yang teruk dan semakin berpanjangan walaupun pelbagai produk dicuba. Tambahan pula saya mempunyai alahan kepada produk pembersih wanita yang mempunyai wangian.

Alhamdulillah, selepas dua minggu menggunakan produk ini keputihan yang saya alami semakin berkurangan. Bukan itu saja, sejak mengamalkan losyen ini perut saya semakin kempis dan tiada lagi masalah angin. :

Kes 3: Yusnizawati Yunus

Baru-baru ini rakan mengesyorkan Losyen Sejuta Khasiat apabila melihat saya ada masalah selepas melahirkan anak kedua, perut saya menggeleber dan banyak rekahan di perut.

Sambil berselawat, saya sapukan Losyen Sejuta Khasiat Anugerah haruman sweet floral pada bahagian bermasalah.

Alhamdulillah, selepas seminggu, rekahan di perut dan pinggang semakin pudar dan tiada lagi perut menggeleber.

Losyen Sejuta Khasiat Anugerah



Al-Quran merupakan mukjizat umat Islam. Di dalamnya terdapat pelbagai khazanah dan syifa. Ia juga menjadi rujukan pelbagai bidang terutama rawatan penyakit.

Selain itu, hadis berbentuk doa dan zikir Rasulullah SAW digunakan sebagai ayat Ruqyah (pengubat).

Tiap-tiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada sesuatu penyakit, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepada-Nya.

"Di dalam Islam, kita disuruh membaca al-Quran dengan suara yang jelas. Bukan saja di dalam hati dan kita disuruh membaca dengan betul.

"Kita diajar dengan pelbagai hukum tajwid, hukum tanwim dan idgham. Mukjizat al-Quran mempunyai 1001 penawar kepada kesihatan tubuh kita," kata Imam Muda, Ustaz Khairul Azhar Ghazali.

Setiap penyakit ada ubatnya, melainkan bila sudah tiba ajalnya.

Namun setiap yang dicipta- Nya ada banyak hikmah dan kebaikan. Yang menyedihkan kini apabila ramai umat Islam yang semakin lupa hikmah dan mukjizat al-Quran yang mampu menjadi penawar pelbagai penyakit.

Dengan berpandukan ajaran al-Quran serta ayat-ayat pilihan, Losyen Sejuta Khasiat Anugerah, menjanjikan kelebihan dan keistimewaan bagi menyembuhkan penyakit.

Ia juga mengandungi herba-herba tradisional seperti ekstrak lengkuas, limau purut, serai, minyak kayu putih, halia, daun bidara dan avocado.

Losyen Sejuta Khasiat Anugerah ini turut ditenagakan dengan 30 juzuk ayat-ayat al-Quran.

Antara ayat-ayat syifa' dan doa-doa khusus yang dibacakan selain 30 juzuk al-Quran ialah:

* Ayat-ayat Ruqyah: Ayat Ruqyah Jibril

* Ayat Ruqyah Nabawiyyah:

* Selawat Nabi dan doa syifa'

* Selawat Tafrijiyyah: Pendinding al-Muawwizat

* Saiyidul istighfar (penghulu taubat): Ayat Kursi

* Ayat pembatal sihir dan pukau: Ayat penawar sihir dan pukau

* Doa penghindar gangguan syaitan: Doa penghindar hasutan syaitan

* Doa bakar jin dan syaitan: Ayat penawar seribu guna

* Ayat pendamaian: Ayat pelembut hati

* Doa pengasih: Doa seri wajah

* Doa pelaris perniagaan: Doa penyejuk

* Doa atasi gangguan tidur: Doa atasi cemburu dan hasad dengki

* Doa pendinding: Doa terang hati

* Salam sulaiman: Solat hajat

Sejak berada di pasaran, Losyen Sejuta Khasiat Anugerah ini membantu ramai umat Islam yang menderita pelbagai penyakit, kesan daripada pembedahan dan gangguan makhluk halus.

Losyen ini membantu masalah keputihan, kitaran haid yang tidak menentu, melangsingkan badan, sakit perut kerana angin dan menghilangkan garis-garis hitam di tubuh wanita yang baru melahirkan anak.

Haruman losyen ini juga cukup menyegarkan, menjadikan ia sesuai digunakan setiap masa.

Selain itu, sifat losyen ini yang tidak melekit, halus dan mudah meresap ke dalam kulit serta mempercepatkan kesan panas membuatkan pengguna mudah menggunakan losyen ini setiap hari.

Losyen Sejuta Khasiat ini juga turut di bacakan dengan Selawat Nariyah atau selawat `Tafrijiyyah' yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang.

Bait-bait selawat ini memuji dan memuliakan Nabi Muhammad SAW. Allah memuji dan berselawat ke atas kekasihnya seperti dalam surah al-Ahzab, ayat 56 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah dan Malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."

Setiap selawat pasti ada kelebihan yang tertentu. Selain memperoleh kerahmatan dan keluasan hidup, mengamalkan selawat tafrijiah atau selawat Nariyah membantu memudahkan rezeki yang berkat dan menghilangkan segala kesulitan dalam hidup.

Menurut Imam al-Qurtubi, ia baik diamalkan selepas selesai menunaikan solat.

Losyen Sejuta Khasiat Anugerah mudah digunakan, hanya sapu pada bahagian badan yang sakit sambil membaca al- Fatihah dan berselawat.

Pastikan juga Losyen Sejuta Khasiat Anugerah ini tidak dilangkah agar khasiatnya tidak hilang.

Hubungi Emi-Q, Tingkat 15, Bangunan Cahaya Suria, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur atau talian 03-2072 5555, 019-369 9998 atau layari laman web,www.anugerahquran.com dan facebook Anugerah https:// www.facebook.com/anugerahquran untuk maklumat lanjut.



 
Chatroom