Home » » Badan ramping tanpa berpeluh

Badan ramping tanpa berpeluh

Ramping tanpa berpeluh

Mengurangkan berat badan berlebihan tanpa implikasi kepada kehidupan seharian mungkin kelihatan mustahil, namun Total Image Fast Loss Drink menjanjikan kaedah lebih mudah untuk pengguna.

Berbentuk cecair dalam botol, produk ini dihasilkan untuk memberi penyerapan optimum dan pengguna hanya perlu minum satu botol sehari dengan kesannya dapat dilihat dalam tempoh sebulan.

Minuman penghapus lemak ini dihasilkan khusus untuk cara hidup masyarakat masa kini yang aktif dan mengejar masa, malah pengguna masih boleh menikmati hidangan kegemaran tanpa kerisauan dengan mengamalkan meminumnya.

Total Image Fast Loss Drink dihasilkan di Perancis dan membantu mengurangkan antara dua tiga kilogram dalam masa hanya sebulan. Ia dijamin 100 peratus selamat dan dihasilkan dari bahan semula jadi yang terdapat dalam tumbuhan serta herba.




Dihasilkan melalui dua kaedah saintifik iaitu menyekat lemak dan karbohidrat, produk ini menyelesaikan masalah kenaikan berat badan, bengkak air dalam badan, saiz berlebihan serta masalah perut buncit dan kembung, sekali gus meningkatkan keyakinan diri.

Hasil mengamalkan pengambilan minuman enak ini bukan saja dapat dilihat pada pengurangan berat badan, malah ia akan membentuk tubuh badan terutama di bahagian punggung serta menguatkan bahagian paha selain membantu mengecilkan pinggang melalui proses pengurangan berat yang efektif.

Diperkuatkan lagi dengan kombinasi pelbagai vitamin dan mineral, semestinya ia bukan sekadar merampingkan tubuh, tetapi juga menyihatkan badan.

Atas permintaan ramai, Total Image sekali lagi mempromosikan pek kombo baru pada harga jualan RM155 untuk 30 botol merangkumi bekalan untuk sebulan dengan penjimatan RM23 bagi setiap pek (harga asal RM178).

Cara penggunaan terbaik yang dicadangkan adalah dengan menikmati minuman ini satu botol sehari selepas sarapan untuk tempoh sebulan.

Produk ini sesuai untuk semua tidak kira lelaki atau wanita, malah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan ia kini boleh didapati di Guardian, Watsons, Caring, Vitacare dan semua farmasi utama seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-62721111, lawati laman sosial Facebook di www.facebook.com/TotalImageMalaysia atau laman web www.totalimage.com.my



 
Chatroom