Home » » Tips Penjagaan Kulit (Panduan Kecantikan)

Tips Penjagaan Kulit (Panduan Kecantikan)

Tips Penjagaan Kulit

Usia tua bakal dirasai oleh semua, namun ramai orang masih risau akan perubahan yang berlaku apabila masing-masing meningkat usia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk kekal kelihatan muda! Berikut adalah beberapa cara untuk tampil muda tanpa perlu berbelanja besar, membazir masa mahupun melakukan pembedahan!

* Pilih Pembersih Muka Dengan Kesan Yang Lembut

Kulit yang mengalamai penuaan tidak memerlukan produk seperti yang digunakan oleh para remaja. Kebiasaannya kulit pada usia meningkat tiada lebihan minyak. Jika pembersih muka anda terlampau agresif, ia akan menghakis minyak semulajadi kulit anda, sekaligus mengering dan menyebabkannya mengalami penuaan dengan lebih cepat. Pilihlah produk yang sesuai dengan kumpulan usia anda, atau yang memberi keterangan mengenai kelembutannya dan sifatnya yang melembap. Pembasuhan muka masih penting apabila usia meningkat kerana ia menyingkirkan kesan bahan kimia dari kawasan persekitaran atau solekan yang boleh menyebabkan penuaan jika dibiar begitu sahaja.

* Melembap Selepas Membersih

Salah satu punca utama penuaan segera dan pramatang adalah kekurangan pelembap di dalam rutin harian. Pelembap adalah produk utama di dalam rutin harian dan ia patut digunakan mengikut kesesuaian kulit, mengikut gaya hidup dan umur.

Peningkatan kelembapan adalah sesuatu yang penting agar kesihatan kulit terjaga. Ini adalah kerana kulit kering lebih terdedah kepada kesan-kesan penuaan. Pelembap mempunyai tiga fungsi utama:

- Memberi perlindungan

- Memberi kelembapan

- Menyedia asas solekan

Pilih pelembap anti-penuaan yang tinggi kandungan ramuan aktifnya. Jika masih ragu-ragu, baca ulasan atau penyelidikan saintifik mengenai produk tersebut. Pastikan ianya mempunyai kadar kelembapan yang lebih tinggi berbanding produk yang anda gunakan sewaktu anda masih muda. Pelembap haruslah menjadi rutin harian bagi muka yang telah dibersihkan dan ingat, pelembap muka bukan hanya untuk wanita, tetapi terdapat juga banyak produk di pasaran yang disasarkan untuk golongan lelaki.

Penggunaan pelembap adalah amat mudah, sapukan sehingga krim meresap ke dalam kulit dan ia tidak meninggalkan kesan melekit.

* Memilih Pelembap Yang Sesuai

Pemilihan pelembap yang sesuai hanya boleh diketahui selepas bertemu dengan perunding gaya hidup. Melalui pakar perunding ini anda akan diberi nasihat untuk membeli krim pelembap yang sesuai dengan kulit muka anda. Perkara yang memberi motivasi dan inspirasi kepada pengguna adalah apabila melihat kulit bertindakbalas setiap hari terhadap penggunaan pelembap yang sesuai.

Menggunakan pelembap yang salah adalah tidak baik untuk kulit, ia tidak akan menerima perlindungan yang betul dan boleh membawa kepada tompok, jerawat, penuaan pramatang dan dehidrasi.



 
Chatroom