Home » » » Khasiat Gamat, kembali bertenaga, awet muda

Khasiat Gamat, kembali bertenaga, awet muda

Gamat adalah sejenis haiwan laut bernilai tinggi kerana di dalam badannya mengandungi khazanah berharga untuk mengubati pelbagai jenis penyakit termasuk ibu mengandung, kelesuan dan awet muda.

Gamat digunakan dalam perubatan sejak beratus-ratus tahun lalu, malah dijadikan ubat penahan sakit semulajadi selain menyembuhkan luka.

Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati gamat mengandungi protein, karbohidrat, zat galian dan asid lemak yang tinggi.

EPA dan DHA adalah asid lemak yang mampu melambatkan proses degenerasi sel dan mengurangkan kerosakan sel.

Kajian saintis membuktikan gamat penawar alternatif untuk penyakit kencing manis, jantung, darah tinggi, artritis, kulit, resdung dan jangkitan virus.

Imam Muda, Ustaz Khairul Azhar, berkata haiwan itu juga kaya dengan `cell growth factor' yang mempercepatkan pertumbuhan sel baru yang rosak.

Beliau berkata, kolagen di dalam gamat adalah tinggi sebanyak 92% untuk memerangi kesan penuaan dan kemerosotan prestasi sel di dalam badan manusia.

"Inilah kelebihan utama haiwan laut itu yang diformulasikan dalam Gamat King Anugerah.

Mendapatkan makanan yang berkhasiat dan halal adalah wajib kepada muslimin dan muslimat," katanya.

Dengan badan dan akal yang sihat membolehkan kita hidup dengan sempurna, kita boleh menjalani hidup dengan baik dan sempurna. Namun, tidak siapa boleh menjangka sakit akan berkunjung secara tiba-tiba.

Justeru, kita perlu bersiap sedia dan mencari penawar untuk penyakit. Ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW daripada Usamah bin Syarik, bermaksud: "Seorang Arab Badwi bertanya Rasulullah SAW (apabila beliau dihinggapi penyakit), "Wahai Rasulullah, adakah perlu kami berubat. Sabda Rasulullah, Ya. Wahai hamba Allah, hendaklah kamu berubat, maka sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan ada penawarnya" - Hadis riwayat at-Tirmizi

Pelbagai rawatan yang boleh digunakan, antaranya menggunakan kaedah pengubatan Islam yang menggunakan ayat al-Quran.

Ia adalah kaedah yang selari dengan sunnah Rasulullah SAW dan tidak menyalahi syarak.

Kini, kaedah ini dikembangkan ke produk-produk kesihatan untuk memberikan keberkatan kepada mereka yang ingin mendapatkan kesihatan tubuh badan secara total.

Gamat King Anugerah mengandungi air mineral yang dibacakan 30 juzuk al-Quran dan doa pilihan. Ia dibacakan dengan penuh tertib dan dalam kiraan tertentu oleh pelajar tahfiz.

Di antara doa khusus yang dibacakan ke dalam Gamat King Anugerah ini adalah:

a. Ayat ruqyah

b. Ayat ruqyah Nabawiyyah

c. Ayat ruqyah Jibril

d. Ayat pembatal sihir dan pukau

e. Ayat penawar seribu guna

f. Doa pendinding

g. Doa pengasih dan banyak lagi.

Bila digabungkan dengan khasiat gamat yang menakjubkan, ia adalah minuman kesihatan terbaik masa kini. Dengan izin Allah Taala, Gamat King Anugerah boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka, meredakan sakit sendi dan otot dan mengurangkan bengkak akibat digigit serangga.

Bagi wanita yang mengandung, ia membantu tumbesaran bayi yang dikandung, serta boleh dijadikan minuman tenaga untuk wanita yang baru lepas bersalin.

Gamat King Anugerah boleh diambil oleh semua golongan. Tertib penggunaannya adalah sebelum meminumnya, perlu berselawat tiga kali, kemudian membaca surah al-Fatihah, "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah" dan berniat kepada Allah untuk memulihkan kesakitan, insya-Allah.

Hubungi 03-20725555 atau 0193699998 atau kunjungi Emi-Q, Tingkat 15, Bangunan Cahaya Suria, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur atau layari www.anugerahquran.com dan www.facebook.com anugerahquran untuk maklumat lanjut.



 
Chatroom