Home » » Berpuasa secara sihat untuk kanak-kanak

Berpuasa secara sihat untuk kanak-kanak

Berpuasa secara sihat untuk kanak-kanak

Pada amnya, kanak-kanak yang belum mencapai akil baligh tidak perlu berpuasa. Namun, setiap kali menjelang Ramadan, kita mungkin mula menyediakan anakanak untuk berpuasa. Pada umur tujuh tahun, sudah boleh galakkan anak kita berpuasa beberapa jam sehari dan secara beransur-ansur dapatkan dia untuk berpuasa seluruh hari.

Adalah penting untuk mengajar dia cara yang betul untuk berpuasa agar dia dapat membiasakan diri dari segi mental dan fizikal dengan disiplin berpuasa.

Oleh kerana cuaca kita sangat panas, sangat penting untuk anda mengambil kira umur anak anda agar mengelakkannya daripada jatuh sakit dan keletihan.

Disebabkan anak-anak ini masih dalam peringkat pertumbuhan iaitu tulang dan ototnya sedang membentuk, dan memerlukan lebih banyak makanan berkhasiat seimbang dengan saiz tubuhnya, anda perlu pastikan keupayaan dia untuk berpuasa.

Mulakan dengan perkara asas sebelum bulan Ramadan:

- Dapatkan anak kita makan hidangan yang lebih kecil sepanjang hari bagi membantu dia mengawal godaan untuk makan banyak.

- Apabila Ramadan semakin hampir, kurangkan jumlah hidangan sehari agar fikiran, tubuh dan seleranya semakin terkawal dan bersedia untuk berpuasa.

- Secara perlahan-lahan, kurangkan pengambilan garam dan gula dalam makanan anak kita kerana keduaduanya akan menambahkan rasa dahaga dan menjadikan mereka mengidam makanan.

Semasa bulan Ramadan:

- Mulakan berpuasa secara perlahan-lahan.

Pada peringkat permulaan, galakkan anak kita berpuasa sehingga pukul 10 pagi. Kemudian, ia boleh dipanjangkan sehingga waktu solat zuhur, dan seterusnya sehingga ke asar.

- Setiap hari semasa sahur, berikan berkhasiat yang boleh membekalkan tenaga sepanjang tempoh berpuasa. Makanan yang lambat dihadam, yang tinggi kandungan serat seperti bijirin penuh, buah dan sayur adalah sebahagian penting setiap hidangan.

- Jangan biarkan anak kita makan berlebihan (boleh menyebabkan kembung dan senak) atau makan makanan yang berempah (boleh meningkatkan keasidan gaster)

Cara terbaik untuk anak kita mendapat semua tenaga dan protein yang diperlukan adalah dengan memastikan mereka mengambil pelbagai sumber protein (contohnya susu, keju dan yogurt di dalam hidangan utama dan snek).

Karbohidrat seperti nasi dan kentang juga adalah sumber tenaga yang penting. Jangan lupa untuk menggabungkan lebih banyak warna di dalam hidangan anak anda kerana makanan yang berwarna mengandungi pelbagai vitamin dan mineral. Bahkan makanan berwarna putih seperti bawang putih, bawang, cendawan dan bunga kobis mengandungi alisin dan kuersetin - bahanbahan yang boleh mempertahan tubuh terhadap inflamasi.

Menu sesuai sepanjang Ramadan

Untuk membantu merancang hidangan anak semasa Ramadan, berikut adalah beberapa cadangan untuk sahur, buka puasa dan moreh (hidangan lewat malam sama ada semasa buka puasa atau selepas solat Tarawih dan witir).

- Sahur

Makanan - Bijirin sarapan pagi contohnya ,oat, roti mil penuh, lempeng, nasi dengan sayur campur, bubur ayam, sandwic tuna/telur/sardin

Minuman - Susu, minuman bermalta, air kosong, jus buah, teh Buah - Pisang, betik, tembikai

- Buka puasa

Makanan - Nasi dengan kurma atau kari ayam, laksa, mi goreng, rendang, pulut, lemang, kuih muih tradisional, roti jala, nasi kukus dengan ayam goreng

Minuman - Air kosong, jus buah, teh

Buah - Mangga, tembikai, betik

- Moreh

Makanan - Bubur lambuk, kuih muih tradisional seperti kuih lapis, dodol, ondeh-ondeh, karipap, mi rebus

Minuman - Air kosong, jus buah, air sirap, air cincau

Buah - Tembikai, buah oren, pisang

Elakkan sama sekali minuman berkarbonat semasa buka puasa kerana ia boleh menghasilkan gas dan membuat rasa tidak selesa.

Adalah baik untuk mengajar anak kita berpuasa dari kecil, pada masa yang sama kita juga perlu memastikan mereka mendapat semua keperluan pemakanannya.

Walaupun mudah untuk membiarkan anak kita makan makanan yang sama seperti semasa buka puasa, tetapi adalah baik untuk membuat sedikit perancangan hidangan sebelum atau semasa Ramadan bagi memastikan mereka mendapat makanan yang sihat dan berkhasiat.



 
Chatroom