Home » » Bufet Ramadan 2013 Ala Morocco @ Hotel Premiere Klang (Berbuka Puasa)

Bufet Ramadan 2013 Ala Morocco @ Hotel Premiere Klang (Berbuka Puasa)

Hotel Premiere Klang, menyediakan juadah berbuka berkonsepkan `Ala Morocco' yang disediakan khas oleh Eksekutif Chef William Teo bersama pasukannya di Restoran The Buzz.

Bermula 10 Julai hingga 7 Ogos ini, anda berpeluang merasai pelbagai pilihan makanan Maghribi yang dihias bercirikan kota Rabat, Casablanca dan Marrakesh pada dekorasi restoran dan bufet.

Pilihan juadah enak yang pasti menambat selera disediakan seperti daging kambing panggang `Mechoui' ala Morocco dengan tiga jenis sos, ayam Tfaya, kambing Tagine Makfoul dengan bawang dan tomato, lobak merah dan kacang kuda Tagine, shawarma ayam dengan roti tortilla, salsa tomato dan pelbagai menu pembuka selera berbuka puasa.



Sajian tradisional

Bagi penggemar hidangan Melayu pula, turut disajikan hidangan tradisional seperti sup rusa rawan, daging rendang tok, ayam pencen masak gulai, ikan merah masak asam pedas, udang galah goreng masak berlada dan ikan terubuk bakar air asam.

Selain itu, udang goreng kacang buncis, siput sedut masak lemak cili api, kambing masak kurma dan kentang, keladi masak asam tumis, ikan kekek masak acar Perak dan tidak ketinggalan pelbagai pilihan ulamulaman serta kuihmuih.

Terdapat empat menu berbeza dihidangkan secara bergilirgilir sepanjang Ramadan dan pakej bufet Ala Morocco ini ditawarkan pada harga RM98+ dengan promosi pembelian 10 baucar akan mendapat satu baucar tambahan secara percuma.

Baucar berharga RM78+ pula ditawarkan bagi pembelian pada 10 hingga 16 Julai dan 1 Ogos hingga 8 Ogos depan.

Diskaun 20 peratus

Ahli kad Premiere juga layak menikmati diskaun 20 peratus bagi baucar berharga RM98+ manakala diskaun 15 peratus kepada pemegang kad Premiere Plus.

Maklumat lanjut mengenai tempahan, hubungi Restoran The Buzz, Premiere Hotel Klang di talian 03-33256868.

Hotel Premiere Klang

- Lokasi: Bandar Bukit Tinggi, 1/KS6 Jalan Langat, 41200 Klang, Selangor

- Laman web: www.premierehotels.com



 
Chatroom