Home » » Resepi Karipap Pusing

Resepi Karipap Pusing

Resepi Karipap Pusing Anis Ayuni

Bahan inti:

2 labu bawang besar (dicencang)
3 sudu besar rempah kari
300 gm daging (dicencang)
350 gm kentang atau keledek (dipotong dadu)
1 pokok daun sup (dihiris halus)
Air secukupnya (untuk mengempukkan kentang dan daging)
Garam secukupnya

Cara membuat:

1)    Tumis bawang dan rempah kari. Kemudian masukkan daging dan kentang.

2)    Kacau sehingga daging dan kentang empuk.

3)    Masukkan daun sup dan garam.

4)    Kacau rata kemudian angkat. Biarkan sejuk.

Bahan kulit A:

3 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
Air ais
Garam secukup rasa

Bahan kulit B:

1 cawan tepung
6 sudu besar marjerin


Cara membuat:

1)     Bahan A. Bancuh tepung, garam dan sebiji telur. Masukkan air ais sedikit demi sedikit. Uli dan bentuk 10 bebola.

2)    Bahan B. Letakkan tepung di dalam bekas. Panaskan marjerin di atas kuali. Curahkan marjerin panas ke dalam tepung dan gaul dengan sudu hingga sebati. Bentuk 10 bebola.

3)    Masukkan setiap satu bebola B ke dalam bebola A.

4)    Ambil satu bebola dan canai. Potong segaris dengan pisau daripada bahagian tengah.

5)    Gulung hingga jadi bentuk seperti siput. Canai semula memanjang dan nipis. Kemudian gulung dengan kemas. Potong empat.

6)    Canai setiap satu. Terbalikkan (supaya bahagian yang berkelopak di luar) dan isikan inti.

7)    Basahkan dengan sedikit air di bahagian tepi kulit sebelum dikatup (untuk mengelakkan terbuka semasa digoreng). Kemudian kelim tepinya.

8)    Panaskan minyak. Goreng hingga keperang-perangan.

Tip menggoreng karipap: Setelah minyak panas, perlahankan api. Kemudian baru masukkan karipap. Hal ini untuk mengelakkan kulit karipap menggerutu jika digoreng dalam minyak yang terlalu panas.



 
Chatroom