Home » » Resepi Nasi Goreng Kambing dan Buah Zaitun

Resepi Nasi Goreng Kambing dan Buah Zaitun

Resepi Nasi Goreng Kambing dan Buah Zaitun

Bahan-bahan:

6 sudu besar minyak zaitun
1 biji bawang            | dicincang halus   
2 sudu besar pasli        | dicincang halus
2 ulas bawang putih        | dicincang halus
½ kg kambing     | dipotong kecil-kecil
5 biji cili merah   | dibuang biji & dicincang
1 cawan buah zaitun | dibuang bijinya
4 cawan nasi putih
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk lada hitam

Cara membuat:

1 .    Panaskan minyak zaitun di dalam kuali untuk menumis bawang dan bawang putih sehingga wangi dan layu.

2 .    Masukkan kambing dan masak lagi selama 5 minit. Pastikan ia dimasak sama rata.

3.     Perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam.

4.     Tabur cili ke atas kambing itu dan gaul lagi.

5.     Kemudian masukkan buah zaitun dan nasi putih sambil digaul sama rata.

6.     Tabur pasli ke atas nasi dan gaul seketika.

7.     Hidang apabila masih panas.


Info chef: Tambahkan ½ sudu kecil serbuk kunyit ke dalam nasi goreng jika mahu.



 
Chatroom