Home » » Cerekarama Kalung Kak Dara Sinopsis TV3

Cerekarama Kalung Kak Dara Sinopsis TV3

Sinopsis Kalung Kak Dara

Kalung Kak Dara berkisar tentang Dara Husna (Rozita Che Wan) atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Dara yang berusia lewat 40an, tinggal di pinggir Kuala Lumpur bersama anaknya Mimi (Syatilla Melvin). Kak Dara bekerja sebagai penyambut tetamu merangkap tukang bancuh air di pejabat milik Datuk Hasnol (Riezman Khuzaimi) manakala Mimi menjadi kerani di syarikat yang sama.

Sepatutnya gaji yang diperoleh digunakan untuk menyara hidup mereka dua beranak, tetapi Kak Dara menggunakan duitnya untuk melawa dan membeli barang kemas sehingga perbelanjaan rumah terbeban di bahu Mimi.

Perkara itu membuatkan Mimi terkilan dan kurang senang dengan sikap ibunya itu. Dia meminta Kak Dara supaya tidak menghabiskan wang kepada barang kemas dan produk kecantikan, sebaliknya melebihkan wang untuk perbelanjaan harian mereka.

Namun nasihat Mimi dibalas Kak Dara dengan alasan tersendiri yang sukar untuk Mimi menentangnya lagi iaitu dengan menjaga kecantikan dan memakai barang kemas membuat dirinya terasa muda sentiasa dan perasaan ini menghalangnya dari disinggahi penyakit. Kemudian Kak Dara memberi pilihan kepada Mimi sama ada berdiam diri dengan hobinya atau memelihara orang tua yang sakit dan Mimi kalah dengan hujah Kak Dara itu.

Sikapnya yang suka menjaga kecantikan dan menyintai barang kemas berbaloi apabila Datuk Hasnol tergoda dengannya. Heboh satu pejabat bergosip bos bercinta dengan Kak Dara menyebabkan kembang kempis hidung Kak Dara menerima pujian kawan-kawan kerana berjaya memikat bos sendiri.

Sekali lagi Mimi cuba menasihati Kak Dara supaya sedar akan kedudukan mereka. Mimi memberitahu Kak Dara bahawa Datuk Hasnol hanya ingin mem permainkannya saja memandang kekayaan dan kedudukannya membolehkan dia memikat sesia pa saja termasuk anak dara.

Kak Dara me nuduh Mimi cemburu dengan kejayaannya me mikat majikan mereka sedangkan Mimi yang masih muda hanya mampu memikat Zainal (Syazwan Zulkifli) yang bekerja sebagai budak penghantar surat saja.

Pelakon: Rozita Che Wan (Kak Dara), Syatilla Melvin (Mimi), Syazwan Zulkifly (Zainal), Esma Dainiel (Muad), Riezman Khuzaimi (Datuk Hasnol), Norman Hakim (Datuk Hamdan) dan Indra Hafiz (Sahar)

Siaran: Cerekarama TV3, 12 Oktober, jam 10 malam



 
Chatroom