Home » » Sinopsis Teater Mamak Jegey, Beg Merah, Paddyapa Dan...

Sinopsis Teater Mamak Jegey, Beg Merah, Paddyapa Dan...

Sinopsis Teater Mamak Jegey, Beg Merah, Paddyapa Dan...

Teater Mamak Jegey, Beg Merah, Paddyapa Dan... mengisahkan mengenai Mamak Jegey iaitu pemilik sebuah Kedai Makan Nasi Kandar. Mamak Jegey atau nama sebenarnya Sultan Mydin Kalandar Mastan adalah peminat tegar bintang filem Tamil, Rajnikanth. Dia terlalu obses dengan bintang itu sehinggakan sering kali meniru gaya Rajnikanth ketika melayan pelanggannya.

Bagaimanapun, ketaasuban terhadap aktor popular itu mengundang rasa kurang selesa daripada pelanggannya Suatu hari, seorang lelaki misteri datang memberikan sebuah beg berwarna merah kepada Mamak Jegey. Beg itu dipercayai berisi wang tunai RM1 juta.

Seorang pelanggannya, Che Wan mendengar perbualan antara Mamak Jegey dengan lelaki misteri itu. Mamak Jegey yang memegang amanah untuk menyimpan beg ini sudah menjalankan tugasnya dengan menyimpannya dalam sebuah peti selamat di kedainya.

Malangnya, Che Wan merancang untuk merompak beg itu. Bagi memastikan rancangannya berjalan lancar, Che Wan mengajak Cik Putih dan Din Che Mat turut serta dalam komplot bagi merompak beg merah itu. Pelbagai halangan dan rintangan terpaksa mereka lalui untuk merompak beg iu. Apabila peti selamat dibuka, Cik Putih pula tersilap mengambil beg.

Selepas lelaki misteri datang pada minggu berikutnya untuk mengambil semula beg ini, Mamak Jegey mendapati beg sudah hilang. Semua mereka bertambah buntu memikirkan ke mana hilangnya beg ini. Siapakah yang bertanggungjawab melakukannya? Tiket untuk menonton teater ini berharga RM10.

Mamak Jegey, Beg Merah, Paddyapa Dan... menampilkan barisan pelakon Mamak Cuit Raja Lawak, Shazli Cuit Raja Lawak, Daniel Bowl (Bintang Mencari Bintang), Lizar Riki Raja Lawak, Mie Os, Acan, Ashraf Resdong, Awie Resdong dan Abu Mamu Raja Lawak.

Arahan: Abu Mamu Raja Lawak



 
Chatroom