Home » » 8 Rasa Sakit Yang Perlu Berjumpa Doktor

8 Rasa Sakit Yang Perlu Berjumpa Doktor

8 Rasa Sakit Yang Perlu Berjumpa Doktor

Bila kita jatuh sakit, ubat dan rehat antara pilihan terbaik. Tetapi ada ketikanya, berjumpa doktor lebih wajar, lebih-lebih lagi jika anda ada salah satu daripada lapan rasa sakit di bawah ini.

1.DADA

Ketika berumur 25 tahun ke atas, anda semakin kerap merasa sakit di bahagian dada. Ini berkemungkinan anda mempunyai risiko berdepan dengan penyakit jantung. Jangan leka dan ambil mudah sekiranya anda pernah rasa sakit pada lengan, abdomen, leher dan rahang.

Bila sakit pada dada datang menyerang, ia akan menyukarkan pernafasan berlaku seterusnya buat badan semakin lemah dan tidak bermaya.

2. BELAKANG

Umur masih muda tapi rasa sakit seolah-olah sudah hidup lama terutama jika anda merasakan sakit di bahagian abdomen dan belakang badan. Ia seolah datang tanpa diundang dan menyucuk di bahagian terbabit. Ini adalah syarat bagi penyakit batu karang pada ginjal manusia. Selalunya ia dapat dikesan lebih awal ketika membuang air kencing, di mana terdapatnya darah. Maka segeralah berjumpa pakar perubatan.

3. TESTIS

Kesakitan pada testis memberi isyarat kepada kanser testikal. Ia semestinya tidak boleh dipandang sambil lewa, lebih-lebih lagi jika anda rasa bengkak dan kemerahan pada testikal. Tambah dengan pening kepala dan demam.

4. PERUT

Selalunya penyakit apendiks akan menyerang di sebelah kanan abdomen. Kemudian anda akan demam dan pening kepala. Jika ini menyerang anda secara tiba-tiba, ia perlu dirawat secepat mungkin sebelum penyakit ini pecah dalam perut yang akan menyebabkan kesan lebih buruk.

5. BUANG AIR KECIL

Rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil mungkin membawa kepada sakit STD seperti chlamydia atau gonorrhea. Selain testikel bengkak, sakit ketika mengadakan hubungan kelamin (awas! bagi yang berkahwin sahaja) dan pengeluaran cecair adalah petanda bahaya yang perlu dirawat oleh doktor.

6. TERHENTAK

Jika anda terjatuh atau terhentak di kepala terutama ketika bersukan, jangan ragu-ragu untuk keluar dari padang. Tidak sedar atau lupa ingatan buat seketika adalah perkara yang tak boleh dipandang remeh, kerana bimbang jika ia membawa kemudaratan pada diri nanti.

7. LUTUT

Jangan ambil mudah apabila anda mengalami bengkak atau lebam pada lutut. Pendarahan di sekitar lutut adalah punca kepada bengkak dan boleh menyebabkan tisu ligamen koyak atau retak pada sendi. Buatlah rawatan sinar-X jika perlu melakukan pembedahan.

8. KAKI

Bengkak dan ketidakupayaan bergerak adalah keadaan yang tidak boleh dibiarkan. Ia sering dialami oleh pemain tenis dan pemain bola keranjang yang tiba-tiba saja berhenti dan pemain seolah-olah merasakan ada seseorang yang telah menendang di belakang kaki.



 
Chatroom