Home » » » Artis Bollywood suka bersenam elak gemuk

Artis Bollywood suka bersenam elak gemuk

Artis Bollywood suka bersenam elak gemuk

Pasti belum ada yang kenal siapakah dia Ayushmann Khurrana. Dia adalah wajah baru di Bollywood yang berusaha gigih membina imej dan penampilan diri.

Walaupun dia mendambakan tubuh yang cantik dengan perut berotot, namun dia tidak mengekang seleranya, malah dia amat suka menikmati ayam yang dimasak dengan mentega dan roti prata.

"Saya suka makan dan selepas puas menikmati juadah yang digemari saya akan bersenam. Antara senaman wajib ialah berjoging lima kali seminggu, malah saya boleh keluar berjoging pada jam 11.30 malam, jika perlu dan melakukan senaman angkat berat tiga kali seminggu. Saya juga bermain skuash untuk mendapatkan tubuh yang tegap dan pejal.

Ayushmann Khurrana

"Jurulatih kecergasan saya, Vinod Channa banyak membantu saya untuk mendapatkan tubuh idaman. Saya macam budak kecil kalau tak cukup makan, saya tak boleh buat apa pun. Vinod akan ikut saya menjalani penggambaran filem di mana saja demi menjaga diet saya. Dia akan sentiasa meneliti makanan yang saya ambil kerana dia tahu saya suka makan.

"Pun begitu, saya tak ambil sebarang makan selepas jam 6 petang. Jika saya balik ke rumah keluarga saya di Chardigarh, saya memang tak fikir pasal jimnasium dan saya makan apa saja tetapi masih berjoging. Ketika saya berusia 11 tahun saya memiliki ketinggian 180 sm dengan berat badan 50 kilogram, sangat kurus kerana metabolisme saya yang tinggi.

"Apabila dewasa, ramai tak percaya saya boleh memiliki tubuh yang tegap dan berotot. Bagaimanapun, saya ada kelemahan iaitu jika saya tak bersenam, wajah saya akan cepat nampak tembam," katanya.



 
Chatroom