Home » » Info: Tauhu wujud sejak 2,200 tahun

Info: Tauhu wujud sejak 2,200 tahun

Tauhu wujud sejak 2,200 tahun

Tauhu diperbuat daripada kacang soya yang ditapai dan diambil patinya.

Berbeza dengan tempe asli dari Indonesia dan Malaysia, tauhu berasal dari China seperti kicap, tauco (pes kacang bertapai), pau, dan bakso.

Selain itu, tauhu adalah kata pinjaman daripada bahasa Hokkien (tauhu) membawa pengertian `kacang soya yang ditapai'.


Tauhu wujud buat pertama kalinya di China pada zaman Dinasti Han sekitar 2,200 tahun lalu.

Ia ditemui Liu An iaitu seorang bangsawan yang juga cucu kepada Maharaja Liu Bang, pengasas Dinasti Han.

Makanan ini tersebar disebabkan perantau China yang mengembara hingga ke Asia Timur, Asia Tenggara dan seluruh dunia.

Di Jepun, tauhu dikenali sebagai tofu. Tauhu makanan rendah lemak dan rendah kalori serta kaya dengan protein, kalsium dan lemak tidak tepu selain dianggap sebagai sumber nutrisi lengkap.



 
Chatroom