Home » » Kisah Paling Gengster Sinopsis + Trailer

Kisah Paling Gengster Sinopsis + Trailer

Sinopsis Kisah Paling Gengster

Kisah Paling Gengster mengisahkan mengenai seorang paramedik, Remy (Shaheizy Sam) yang bersikap pendiam, pemalu dengan wanita serta sering menjadi mangsa buli rakan sekerjanya.

Remy yang kehilangan bapanya ketika kecil turut berdepan masalah kesempitan wang dan perlu menyara ibunya yang menetap bersama di ibu kota. Suatu hari ketika bertugas, Remy menyelamatkan nyawa ketua kongsi gelap, Megat yang cedera parah dalam satu kejadian tembakmenembak dengan kumpulan lain.

Sebagai tanda terima kasih, Megat memberi sejumlah wang yang banyak kepada Remy, namun ditolak pemuda itu.

Kemudian, Megat cuba menawarkan peluang kepada Remy untuk menjadi ahli kumpulannya, namun sekali lagi ditolak menyebabkan orang bawahan ketua itu bertindak mengugutnya.

Akhirnvya, Remy terpaksa mengalah dan mengikut arahan Megat kerana bimbang ibunya dicederakan, pada masa sama mahu memberi keselesaan hidup kepada wanita itu.

Sinopsis Kisah Paling Gengster

Sejak menyertai kongsi gelap, Remy bukan lagi lelaki yang lembik dan dia dikehendaki melakukan kerja kotor dunia gelap itu selepas dilatih Megat.

Baru beberapa bulan menyertai kumpulan itu namun Megat sudah meletakkan kepercayaan tinggi terhadap Remy sehingga melantik lelaki itu menjadi pemangkunya.

Pada masa sama, kumpulan kongsi gelap diketuai Bakar mahu menghapuskan Megat dan menculik rakan baik Remy yang turut bersamanya pada malam kejadian itu.

Selain itu, Megat mempercayai ada pembelot di kalangan ahli kumpulan itu dan dia sekali lagi ditembak ketika diserang hendap kumpulan Bakar namun masih hidup.

Apakah tindakan Remy sebagai pemangku ketua kongsi gelap selepas itu? Adakah dia berjaya membongkar pembelot kumpulan itu dan mengetahui perkara sebenar mengenai bapanya?.

Pelakon:  Shaheizy Sam, Wan Hanafi Su, Paduka Master Rock, Khatijah Tan, Epy Raja Lawak, Mikail Andre dan Wawa Zainal.



 
Chatroom