Home » » (Produk) Olay AquAction pastikan kulit sentiasa lembap

(Produk) Olay AquAction pastikan kulit sentiasa lembap

Rangkaian Produk Olay AquAction

 Olay AquAction

Setiap individu boleh kehilangan hampir dua gelas lembapan sehari dengan hanya bernafas dan proses penyejatan.

Bayangkan jumlah kelembapan wajah yang hilang bagi seorang wanita aktif?

Bagaimanapun, saintis P&G menemui punca kedua menyebabkan masalah terbabit iaitu kelesuan kulit. ia membabitkan kehilangan tenaga kulit yang membawa kepada perubahan kulit tidak diingini termasuk hilang keupayaan untuk mengekalkan lembapan sedia ada. Kulit yang kering akan menjadi lebih teruk akibat keadaan ini.

Justeru jenama penjagaan kulit terkemuka, Olay melancarkan Olay AquAction iaitu rangkaian produk pelembap yang menampilkan teknologi HyrdaLock untuk memberi standard baru kepada rejim penjagaan kulit.
 Olay AquAction

Dikenali sebagai WSK, bahan ini diekstrak daripada daun jeli putih dan terkenal dalam sejarah silam Cina disebabkan sifatnya yang mencantikkan kulit.

Inspirasi daripada permaisuri China yang terkenal pada kurun kelapan, Yang Guifei, saintis Olay menemui bahan berkenaan dengan mengkaji daun jeli putih yang dikatakan menjadi bahan utama dalam penjagaan kulitnya.

Melalui kajian terbabit, mereka berjaya mengasingkan kompaun WSK yang kemudian diketahui mengatasi keupayaan asid hyaluronic apabila diuji. Penemuan ini penting kerana sehingga kini asid hyaluronic dianggap standard emas dalam bahan pelembapan kulit.

Namun, kajian turut mendapati mengatasi masalah kehilangan lembapan tidak membantu menyelesaikan masalah kerana masih ada isu kelesuan kulit yang perlu diatasi.

Fenomena kelesuan kulit ini jika tidak diatasi akan membuatkan kulit menjadi semakin kering dan kurang bertindak balas terhadap bahan pelembap.

Oleh itu, penting untuk mengembalikan tenaga kulit menggunakan bahan aktif Niacinamida yang membantu meningkatkan tahap tenaga kulit agar kembali muda.

Olay AquAction mengandungi kedua-dua bahan berkenaan yang direka untuk mengatasi punca masalah kulit kering.

Menurut Saintis Kanan Olay, David Khoo, produk terbabit mewakili standard baru dalam bahan aktif pelembapan dan direka untuk memberi lembapan selama 12 jam.

Rangkaian Olay AquAction ini boleh didapati di farmasi terkemuka bermula 15 November lalu.



 
Chatroom