Home » » Sinopsis filem Carrie + Official Video Trailer

Sinopsis filem Carrie + Official Video Trailer

Sinopsis filem Carrie 

Carrie mengisahkan berkenaan seorang remaja perempuan Carrie White (Chloë Grace Moretz) yang mempunyai kuasa tele kinetik dan ibunya, Margaret (Julianne Moore) yang taksub melampau terhadap agama.

Carrie belajar dalam tahun akhir di Ewen High School di Maine. Satu hari, semasa mandi selepas kelas gim, Carrie telah mengalami haid pertamanya dan dia yang tidak tahu apa itu haid menangis meminta pertolongan rakan sekelasnya.

Namun, malangnya dia ditertawakan dan Chris Hargensen (Portia Doubleday), yang telah lama membuli Carrie, merekodkan video memalukan itu dan memuat naik ke laman Youtube.


Percaya bahawa Carrie membuat 'dosa', Margaret mengunci Carrie ke dalam 'almari doa', Carrie menjerit sebagai tanda protes dan meretakkan pintu almari itu. Margaret dan Carrie terkejut dengan hal ini, dan Carrie menyedari dia mempunyai kuasa tele kinetik.

Menyedari akan kebolehan yang dimiliki, dia menggunakannya untuk membalas dendam terhadap semua orang yang pernah membuli dan memalukannya di sekolah.

Carrie lakonan Chloë Grace Moretz dan Julianne Moore.



 
Chatroom