Home » » Sinopsis filem Laga (filem sabung ayam)

Sinopsis filem Laga (filem sabung ayam)

Sinopsis filem Laga

Filem Laga mengisahkan penduduk di sebuah kampung yang gila permainan sabung ayam sehingga sanggup berbunuhan dan mempertaruhkan isteri sendiri.

Perbalahan yang tercetus di antara penduduk kampung berkenaan berpunca daripada salah seorang kaki sabung ayam yang dikenali sebagai Hassan Laga (Wan Hanafi Su).

Walaupun rupanya seperti ganas, Hassan mempunyai seorang isteri yang jelita, dan sikapnya berubah menjadi lembut apabila bersama wanita itu.

Selama lima tahun, musuh ketat Hassan iaitu Dasuki tidak pernah menundukkannya di medan sabung.

Dalam satu pertaruhan, Dasuki mendesak Hassan menjadikan isterinya sebagai pertaruhan.

Filem Laga dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Eman Manan, Nasir Bilal Khan, Wan Hanafi Su, Ruminah Sidek, Marsha Milan Londoh, Syazwan Zulkifli dan Tyas Mirasih.



 
Chatroom