Home » » Tips Diet: Kenalpasti Kalori

Tips Diet: Kenalpasti Kalori

Tips Diet: Kenalpasti Kalori

Kajian menunjukkan purata rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mengambil 2,500 kilokalori (kcal) sehari. Angka tersebut melebihi daripada jumlah disarankan iaitu 2,000 kcal sehari untuk lelaki dewasa dan 1,500 kcal untuk wanita dewasa.

Mengenali Malaysia sebagai ‘syurga makanan’, membuatkan rakyatnya sukar untuk menolak ‘godaan’ sekali gus menjerumuskan masyarakat di negara sebagai antara yang menghadapi ancaman obesiti.

Secara umumnya pengambilan lebihan 500 kcal sehari boleh meningkatkan berat badan sebanyak setengah hingga sekilogram dalam seminggu atau dua hingga empat kilogram dalam sebulan. Apatah lagi jika ia tidak disusuli dengan aktiviti kecergasan.

Memburukan lagi keadaan apabila kesedaran dan pengetahuan tentang jumlah kalori yang perlu diambil dalam kalangan masyarakat masih rendah.

Jurulatih kecergasan terkenal, Kevin Zahri berkata, tubuh seseorang memerlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil terlalu banyak dan tidak dibakar, akan ditukar menjadi lemak yang tersimpan dalam badan.

Keadaan ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

"Ramai orang tidak tahu jumlah keperluan kalori mereka sehari. Apa yang mereka tahu, menambah, mengurangkan atau mengekalkan berat badan tanpa mengetahui berapa jumlah sebenar keperluan kalori mereka.

"Jika kita tidak tahu berapa keperluan kalori, sukar untuk kita melakar pelan diet yang benar-benar berkesan bagi tubuh badan kita,"€ katanya.

Menurut Kevin, keperluan kalori seseorang bergantung kepada lima faktor utama seperti jantina, berat, tinggi, umur dan gaya hidup. Lima faktor itu juga dikenali sebagai Kadar Metabolik Aktif.

"Setiap individu adalah unik dan keperluan kalori seharian adalah berbeza-beza. Jadi amat penting bagi seseorang mengenal pasti keperluan tersebut.

"Jika tidak, dikhuatiri jumlah pengambilan boleh menjadi terlalu banyak atau terlalu sedikit,” katanya.

Bagi mereka yang baru berjinak-jinak untuk mengawal pengambilan kalori, dinasihatkan supaya menyimpan €˜jurnal makanan’ bagi memudahkan mereka mengira berapa banyak kalori yang diambil.

"€œTulis dalam jurnal setiap apa yang kita makan. Secara tidak langsung ini dapat memupuk satu tabiat yang baik di mana kita akan sentiasa mengawal pemakanan harian kita,"katanya.

Dalam pada itu, menurut Kevin, menurunkan berat badan bukan bermakna seseorang perlu berkurung 12 minggu di dalam rumah, makan makanan yang sama dan melakukan aktiviti fizikal yang rutin sehingga berasa bosan.

Untuk menjadikan proses penurunan berat badan berkesan, terdapat pelbagai cara lain yang lebih menyeronokkan, seperti yang dilakukan dalam program Jom Kurus anjuran Kevin.

Menurut Kevin menerusi program ini 10 kilogram (kg) boleh dikurangkan oleh para peserta dan setakat ini ramai yang menyertainya telah menunjukkan reaksi yang positif.

"Pelbagai aktiviti diadakan di mana para peserta akan diberikan kaunseling dan beberapa aktiviti menarik yang dapat membantu mengurangkan berat badan seterusnya menjadi individu yang lebih sihat," ujarnya,

Dalam pada itu, Kevin menasihatkan rakyat Malaysia agar mengamalkan memakan hanya segenggam nasi atau separuh pinggan setiap kali makan.

Katanya, jumlah pengambilan nasi yang ideal bagi seorang dewasa adalah pada kadar segenggam atau 20 peratus daripada mangkuk sukatan nasi yang biasa digunakan di restoran.

"€œTiada jalan mudah untuk kurus. Apa yang penting, pastikan jumlah kalori yang diambil dan jumlah kalori yang dibakar.

"Jika hendak mengurangkan 1 kg, seseorang individu perlu membakar kira-kira 7700 kcal. Ini bukan mudah.

" Pengurangan berat badan adalah sesuatu yang mengambil masa, tetapi jika seseorang itu mempunyai keazaman yang tinggi dan sentiasa konsisten, ia bukan sesuatu yang mustahil,"ujarnya,

Bagi mereka yang berminat untuk mengurangkan berat badan dan belajar membina plean diet dan senaman yang unik, boleh menyertai bengkel Jom Kurus atau terus sertai cabaran Jom Kurus 6 minggu yang penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web kevinzahri.com.

Oleh Kevin Zahri



 
Chatroom