Home » » Tru Face Essence Ultra Nu Skin utk lelaki dan wanita

Tru Face Essence Ultra Nu Skin utk lelaki dan wanita

Tru Face Essence Ultra Nu Skin

Semasa remaja, kandungan elastin di dalam kulit membantu menampilkan kulit kelihatan muda dan anjal. Namun, apabila tahap elastin mula menurun tatkala usia memasuki sekitar 30-an, ia tidak lagi mampu mengekalkan ketegangan seperti dulu.

Akhirnya ia menyebabkan ketegangan kulit mula merosot sekali gus meningkatkan risiko kemunculan garis kedutan. Proses penuaan yang berlaku awal mungkin menjadi sebahagian daripada kegusaran yang dilalui dalam hidup kita.

Memahami kebimbangan itu, Tru Face Essence Ultra Nu Skin diperkenalkan bagi membantu memulihkan dan memudarkan garis kedutan dengan mengembalikan keremajaan kulit.

Tru Face Essence Ultra Nu Skin

Ia dirumus khas dengan kehadiran 25 peratus kandungan serum yang digabung bersama koenzim Q10, Tegreen 97 dan rangkaian perlindungan antioksidan menjadikannya sesuai dipakai oleh lelaki atau wanita.

Formula digunakan membantu memberi penampilan kulit yang tegang, menggalakkan penghasilan tenaga selular dan melindungi kulit daripada radikal bebas.

Pada masa sama, ia juga membantu mencegah kemunculan tanda penuaan di samping mengelakkan kulit kusam kembali menyerang wajah. Ia mudah digunakan secara rutin setiap hari bersama produk penjagaan wajah yang lain.

Sebelum memakai pelembab pada wajah, sapu dua hingga tiga titis daripada kapsul Tru Face Essence Ultra di kawasan yang diberi tumpuan utama manakala lebihan rumusan berkenaan disapu pada seluruh wajah.

Ia perlu dipakai dua kali sehari untuk membantu menampilkan kulit yang lebih bertenaga dan kelihatan anjal terutama di sekeliling mata, leher, dagu dan garis rahang. Maklumat lanjut layari www.nuskin.com.my.



 
Chatroom