Home » » Kim Kardashian seorang 'selfie' dan tips untuk jadi 'selfie'

Kim Kardashian seorang 'selfie' dan tips untuk jadi 'selfie'

Kim Kardashian seorang 'selfie'

Kim Kardashian dikenali sebagai `ratu' yang suka mempromosi diri sendiri dan kemaruk memuat naik gambar sendiri untuk tatapan jutaan pengikutnya di Twitter.

Kini Kim Kardashian akhirnya mendedahkan rahsia mengambil gambar diri sendiri dengan sempurna.

"Peraturan pertama, kamu perlu sentiasa mengambilnya dari jarak yang tinggi sedikit," katanya.

selfie

Pendedahan `rahsia' mengambil gambar sendiri (dikenali dengan istilah selfie) itu dibuat Kim melalui klip video baru-baru ini.

Rakaman berkenaan dibuat dalam suasana sanditemani kawan baiknya Brittny Gastineau di salun merias kuku.

Kim mendedahkan, sesiapa yang ingin melakukan selfie perlu menggerakkan kamera dari atas ke bawah dan tahu sudut terbaik untuk diri sendiri, selain mendapat bantuan pencahayaan yang baik.

"Tetapi jangan tunjuk muka muncung," katanya sambil memuncungkan bibirnya barangkali untuk memberikan contoh mengenai apa yang cuba disampaikannya.

Kim berkata, dia suka mengambil selfie seperti itu kerana dapat menunjukkan tulang pipinya tetapi tidak digemari orang lain.

Apa pun, satu-satunya individu yang pasti tidak membantah perbuatan Kim itu ialah Kanye West tunangnya yang menyifatkan dia seperti Marilyn Monroe versi moden.

West sebelum ini mengecam majalah Vanity Fair kerana memaparkan supermodel Kate Upton, 21, yang tampil seakan-akan bintang Some Like It Hot itu di kulit depan edisi ulang tahun majalah itu yang ke100.

West sebaliknya memuji Kim kerana menyerupai aktres Marilyn.



 
Chatroom