Home » » Paku Sinopsis, filem lakonan Johan As'ari

Paku Sinopsis, filem lakonan Johan As'ari

Sinopsis Paku

Paku mengisahkan Fahmi amat mencintai isterinya Riana dan dia tidak dapat menerima kenyataan Riana sudah meninggal dunia. Oleh kerana ketaksuban terhadap cintanya itu, dia sanggup mencari bomoh untuk menghidupkan semula Riana, mereka disatukan sehingga Riana melahirkan seorang anak.

Selepas Fahmi bersama Riana, Fahmi yang selama ini dikatakan malas bekerja dinaikkan pangkat dan mendapat hadiah daripada majikannya, namun pelbagai tragedi menimpa rakan pejabat yang cemburu padanya. Fahmi sedar segala yang diperoleh itu selepas dia hidup semula dengan Riana.

Filem Paku

Untuk mengetahui apa kesudahan hidup Fahmi dengan Riana, saksikan lakonan hebat Johan dan Aishah di pawagam mulai 12 Disember ini.

Pelakon utama Paku: Johan As'ari, Aishah Ilias serta Diddy Hirdy

Filem Paku terbitan Nusantara Seni Karya (NSK)

Pengarah filem Paku: P Rameesh



 
Chatroom